Ucapan Haji Hadi Awang di Banggol Peradong, Kuala Terengganu 7 April 1981

2009 Jun 9
tags: , ,
by aminiskandar

Berikut adalah petikan daripada ucapan Haji Hadi Awang di Banggol Peradong, Kuala Terengganu 7 April 1981.

SAUDARA-SAUDARA SEKALIAN,

PERCAYALAH, KITA MENENTANG UMNO BUKAN KERANA NAMA DIA UMNO!
KITA MENENTANG BARISAN NASIONAL, BUKAN KERANA NAMA DIA B/NASIONAL!
KITA MENENTANG DIA KERANA DIA MENGEKALKAN PERLEMBAGAAN PENJAJAH! MENGEKALKAN 
PERATURAN KAFIR!
MENGEKALKAN PERATURAN JAHILIYYAH!!
OLEH KERANA ITULAH KITA BERJUANG MELAWAN MEREKA.

PERCAYALAH SAUDARA,
PERJUANGAN KITA ADALAH JIHAD!
UCAPAN KITA ADALAH JIHAD!
DERMA KITA ADALAH JIHAD!
DAN KERANA KITA BERJUANG DENGAN PUAK-PUAK INI, KALAU KITA MATI  KERANA 
BERLAWAN INI, MATI KITA ADALAH MATI SYAHID, MATI KITA ADALAH MATI ISLAM!

KITA TIDAK PAYAH MASUK YAHUDI!
KITA TIDAK PAYAH MASUK KRISTIAN!
KITA TIDAK  PAYAH MASUK HINDU!
KITA TIDAK PAYAH MASUK BUDHA!
TETAPI KITA MENJADI KAFIR DENGAN MENGATAKAN POLITIK SUKU AGAMA SUKU!!
9 Respons leave one →
  1. 2009 Jun 9

    AKHIL PUN OUT OF SERVIS.

  2. 2009 Jun 9
    lu pikir le sendiri permalink

    Nampaknya Abdul Hadi terpaksa menjilat ludahnya kerana termakan pujukan timbalannya yang kurang cerdik.Apakah hukumnya jika pemimpin mempunyai lidah bercabang dan tidak konsistan ketika melafazkan kata-kata,atau adakah kerana umpan untuk umno umtuk hadi menjadi timbalan perdana menteri no 2 membuatnya sudah hilang pertimbangan dan kewarasan adabaiknya hadi dan nasarudin daftar aje sebagai ahli umno dari merosakkan kepercayaan ahli pas pada partinya sendiri..Nampaknya umno berjaya memepergunakan dua orang pemimpin ini untuk merosakkan kepercayaan rakyat pada parti pas.

  3. 2009 Jun 9

    Tuan,
    Mudah ceritanya ‘unity government’ itu hanya sesuai untuk politikus yang JUJUR dan BAIK akhlaknya.
    Persoalannya:
    1.Adakah UMNO itu BAIK dan JUJUR?
    2.Ataukah PAS sudah memasuki fasa tidak JUJUR dan tidak BAIK bagi melaksanakan ‘unity government’ bersama orang-rang yang tidak jujur dan baik.

  4. 2009 Jun 9
    zik permalink

    Presiden PAS yg paling mangkuk dalam sejarah PAS..Hadi Awang!!!Bayangakan negeri sendiri pun x sokong jadi MB 2 penggal ada cita2 nak PM….piraaahhhhhhhh!!!!!!!!!!!!

  5. 2009 Jun 10
    penjualubat permalink

    Pak Lah PM paling lemah..Hj. Hadi Presiden PAS paling lemah..

  6. 2009 Jun 10
    iyak kulim permalink

    salam.

    pening pening pening pening…..

  7. 2009 Jun 10

    setuju dengan penjualubat.

    nik aziz jugak yang ok. konsisten.

  8. 2009 Jun 10

    Macam mana la mereka2 yg baru nak syok sokong pas nak teruskan perjuangan kalau macam ni gayanya…….

  9. 2009 Jun 10
    beuwolf permalink

    Melayu

    Melayu itu orang yang bijaksana
    Nakalnya bersulam jenaka
    Budi bahasanya tidak terkira
    Kurang ajarnya tetap santun
    Jika menipu pun masih bersopan
    Bila mengampu bijak beralas tangan.

    Melayu itu berani jika bersalah
    Kecut takut kerana benar,
    Janji simpan di perut
    Selalu pecah di mulut,
    Biar mati adat
    Jangan mati anak

    Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
    Jawa itu Melayu,
    Bugis itu Melayu,
    Banjar juga disebut Melayu,
    Minangkabau memang Melayu,
    Keturunan Acheh adalah Melayu,
    Jakun dan Sakai asli Melayu,
    Arab dan Pakistani, semua Melayu,
    Mamak dan Malbari serap ke Melayu,
    Malah mua‘alaf bertakrif Melayu

    Dalam sejarahnya
    Melayu itu pengembara lautan
    Melorongkan jalur sejarah zaman
    Begitu luas daerah sempadan
    Sayangnya kini segala kehilangan

    Melayu itu kaya falsafahnya
    Kias kata bidal pusaka
    Akar budi bersulamkan daya
    Gedung akal laut bicara

    Malangnya Melayu itu kuat bersorak
    Terlalu ghairah pesta temasya
    Sedangkan kampung telah tergadai
    Sawah sejalur tinggal sejengkal
    Tanah sebidang mudah terjual
    Meski telah memiliki telaga
    Tangan masih memegang tali
    Sedang orang mencapai timba
    Berbuahlah pisang tiga kali

    Melayu itu masih bermimpi
    Walaupun sudah mengenal universiti
    Masih berdagang di rumah sendiri
    Berkelahi cara Melayu
    Menikam dengan pantun
    Menyanggah dengan senyum
    Marahnya dengan diam
    Merendah bukan menyembah
    Meninggi bukan melonjak

    Watak Melayu menolak permusuhan
    Setia dan sabar tiada sempadan
    Tapi jika marah tak nampak telinga
    Musuh di cari ke lubang cacing
    Tak dapat tanduk telinga dijinjing

    Maruah dan agama dihina jangan
    Hebat amuknya tak kenal lawan
    Berdamai cara Melayu indah sekali
    Silaturahim hati yang murni
    Maaf diungkap sentiasa bersahut
    Tangan dihulur sentiasa disambut
    Luka pun tidak lagi berparut

    Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
    Selagi yang ada sanggup diberikan
    Sehingga tercipta sebuah kiasan:

    “Dagang lalu nasi ditanakkan
    Suami pulang lapar tak makan
    Kera di hutan disusu-susukan
    Anak di pangkuan mati kebuluran”

    Bagaimanakah Melayu abad kedua puluh satu
    Masihkah tunduk tersipu-sipu?
    Jangan takut melanggar pantang
    Jika pantang menghalang kemajuan;
    Jangan segan menentang larangan
    Jika yakin kepada kebenaran;
    Jangan malu mengucapkan keyakinan
    Jika percaya kepada keadilan
    Jadilah bangsa yang bijaksana
    Memegang tali memegang timba
    Memiliki ekonomi mencipta budaya
    Menjadi tuan di negara merdeka.

    Usman Awang
    Al-Fatihah

Tinggalkan jawapan

Note: You can use basic XHTML in your comments. Your email address will never be published.

Subscribe to this comment feed via RSS