Selamat Ulang Tahun Che Guevara

2009 Jun 14

81 tahun yang lalu pada tarikh hari ini lahir seorang tokoh yang menggemparkan dunia dengan idealismenya anti penjajahannya.

Ernesto Che Guevara lahir di Argentina pada 14 Jun 1928.

Walaupun adalah warga Argentina, Che lebih disayangi dan diingati di Cuba kerana beliau telah membantu Revolusi rakyat yang dipimpin oleh Fidel Castro untuk melawan diktator Batista.

Selepas menang Revolusi Cuba, oleh kerana Che adalah seorang yang berpegang kepada ideologi “internasionalisme” telah pergi ke Bolivia untuk membantu perjuangan rakyat disana bagi membebaskan dari cengkaman Imperialisme Amerika Syarikat.

Che di bunuh setelah ditangkap oleh pakatan tentera Bolivia dan CIA Amerika Syarikat ketika sedang bersama-sama rakyat Bolivia yang berjuang melawan kerajaan boneka Amerika Syarikat.

Hari ini setelah begitu lama Che Guevara meninggalkan dunia nama beliau masih harum dan terus disebut. Beliau masih lagi menjadi “ikon” kepada gerakan-gerakan anti imperialisme dan penjajahan.

Video dibawah sebagai mengenang Che Guevara yang telah mengubah pandangan dunia begitu ramai anak-anak muda!

2 Respons leave one →
  1. 2009 Jun 14

    hasta la victoria siempre!!!

Trackback & Pingback

  1. Selamat Hari Lahir Che’ « The Dark Side of The Moon

Tinggalkan jawapan

Note: You can use basic XHTML in your comments. Your email address will never be published.

Subscribe to this comment feed via RSS