Menanti kepulangan Chin Peng

2009 Jun 15
by aminiskandar

Bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya, Chin Penh harus dibenarkan pulang untuk menghabiskan sisa-sisa terakhir hidupnya di tanah airnya.

Isu ini sengaja dimainkan oleh pihak-pihak tertentu untuk keuntungan politik.

Tidak membenarkan Chin Peng yang lahir di Sitiawan, Perak pulang ke tanah air adalah sama dengan pengkhianatan kerajaan Malaysia terhadap Rundingan Damai Haadyai pada 2 Disember 1989.

Apakah Isi Kandungan Rundingan Damai Haadyai?

Antara kandungan utama Perjanjian Damai Haadyai ialah :

  • PKM berjanji untuk menamatkan perjuangan bersenjata mereka.
  • Parti Komunis Malaya dibubarkan
  • Senjata api hendaklah diserahkan kepada pihak berkuasa Malaysia atau Thailand atau dimusnahkan di hadapan pihak keselamatan.
  • Chin Peng selaku wakil ahi PKM berikrar taat setia kepada Yang diPertuan Agung Malaysia.
  • Ahli PKM akan mematuhi undang-undang negara Malaysia.
  • Artikel 3 perjanjian menetapkan bahawa Kerajaan Malaysia akan membenarkan bekas anggota Parti Komunis Malaya yang dilucutkan senjata untuk menetap di Malaysia sekiranya mereka mahu.

Sepupu kepada PM, Hishamuddin Hussein mahu mengkhianati Rundingan Damai Haadyai apabila beliau mengeluarkan kenyataan seumpama ini.

Sebenarnya anak kepada Hussein Onn inilah yang tidak faham sejarah!

Sewaktu perjanjian tersebut ditandatangani, Malaysia diwakili oleh:

Hishmuddin harus berjumpa dengan orang-orang ini agar beliau dapat memahami isi kandungan perjanjian tersebut!

Kalau susah juga nak faham, sila tengok video dibawah:

Jika masih tak mahu benarkan Chin Peng pulang selepas membaca isi kandungan perjanjian dan menonton video diatas, sahlah kerajaan Malaysia yang dipimpin oleh Barisan Nasional mahu mengkhianati Perjanjian Damai Haadyai yang telah ditandatangani pada 2 Disember 1989!

24 Respons leave one →
  1. 2009 Jun 15

    Bhai…

    diorang memang tak akan benarkan… sebabnya… diorang takut maklumat sebenar bocor kat seluruh rakyat…

  2. 2009 Jun 15
    zoro permalink

    mu ni gilo..tu komunis…tok tgk ko sejarah bukit kepong,gapo hok jadi..berapa kerat jah negara ado komunis buleh bebas….berapa pejuang telah gugur…….takbir…allahuakbar..allahuakbar…alllhukabar

    • 2009 Jun 15
      ARSU permalink

      zoro, bkt kopong tu komunis melayu la yang sorang. mat indera. bukan chin peng

    • 2009 Jun 15
      storm62 permalink

      najis, mu ni gila, tu negara komunis China…ko pun melawat?

      komunis jangan kasi pulang, tapi terrorist Mas Selamat..ko simpan kat Kamunting…tak masuk akal langsung!!!

  3. 2009 Jun 15
    Sham Hardy permalink

    dude… ramai perajut lama tolak hal chinpeng nak balik malaysia semula tau, berapa ramai anak buah diorang mati masa tu, ko lagi sarankan supaya dia balik??

    • 2009 Jun 15
      Nasi Kunyit permalink

      Kalau macam itu, mengapa bekas para komunis lain seperti Abdullah CD, Rashid Maidin dan Shamsiah Fakeh (serta anak-anak beliau) dibenarkan pulang? Mereka pun tidak kurang melakukan “kejahatan” sedemikian. Jadi, apa macam? Pilih kasih, ya?

  4. 2009 Jun 15
    Amrit permalink

    Siapa yang mengkhianat? Kerajaan Malaysia atau Chin Peng. Keluarga PDRM dan Tentera yang terkorban harus membantah sebelum Perjanjian Damai Haadyai di tandatangani, bukannya selepas kerana kedua ketua PDRM dan Tentera telah hadir dan bersetuju. Termasuk Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Kehadiaran ketiga orang ini sebagai wakil kerajaan dan Rakyat Malaysia adalah sah, bahawa kami bersetuju dan bukan menghianat ( tuhan pun tak akan ma’af dosa ini).

  5. 2009 Jun 15
    Nasron permalink

    perjanjian damai di hadyai ditandatangani sebab nak elak lebih banyak tumpah darah berlaku, bukannya menghalalkan chin peng balik ke malaysia. yang korang nak sangat dia balik malaysia kenapa pulak? mak bapak kau tak pernah kena seksa dgn komunis boleh la cakap mcm tu ..

    • 2009 Jun 15
      Nasi Kunyit permalink

      Jadi, maksud kau adalah perjanjian damai yang ditandatangani itu adalah satu “tipu helah”?. Tak payah dikotakan? Ini bermakna anda bermaksud mengandaikan bhw sebarang perjanjian yang dibuat oleh kerajaan Malaysia itu hanya akan dikotakan/atau tidak menurut sesuka hati kerajaan sahaja. Apa erti perjanjian? Buat apa nak perjanjian? Buat apa nak undang-undang? Semua boleh buat sesuka hati mereka sahaja?!

      Kalau macam itu, kau ingat ini akan membuat iklim ekonomi negara baik, ya? Siapa mahu berlabur dalam negara ini? Kau ingat bumi ini adalah terdiri dari Malaysia sahaja? Bagaimana negara lain akan melihat kita?

  6. 2009 Jun 15
    macam mana dengan jepun? permalink

    semasa perang 2, ramai kena bunuh oleh tentera jepun juga? yang ni macam mana? halang orang jepun buka factories di malaysia? boikot barang2 jepun? jadikan twin tower kepada single tower lah, sejak ada satu yang dibina oleh orang jepun? jangan lah politic banyak… focus dengan human rights lah…

  7. 2009 Jun 15
    GimikUMNObaru permalink

    Inilah gimik kem Dr.M selepas menamatkan riwayat UMNO kemudian menubuhkan klon jahat UMNO Baru dgn bantuan Najis!

    Kalau tak nak isu Chin Peng pulang ni batal lah saja Perjanjian Haadyai. Pemimpin yg menghalalkan ini semua patut dipertanggungjawab. Umpama lagu KRU “Janji Tinggal Janji”

    Kita tumpang sedih pada mangsa pembunuhan komunis & jepun… tapi kalau tak dapat maafkan boikotlah saja barang buatan China yg menaja PKM & juga kereta, motor & barang letrik dr Jepun. sebab setiap kali guna barang2 buatan komunis pasti sedih teringatkan.

    Tapi anak Razak tetap mahu pergi ke China nak dapatkan pengiktifafan dari pemimpin Parti Komunis China pada ulang tahun Tun Razak buat demikian pada 31 May 1974. Kononnya nak dapat pengiktirafan komunis sebagai PM sebab rakyat demorkrasi sendiri menolaknya,

    Berbeda dgn zaman Kesultanan Melaka apabila Sultan Mansur Shah menghadap Maharaja China sebagai membalas lawatan Laksamana Cheng Ho. Tapi Najib ni…tak diundang…!

  8. 2009 Jun 15
    storm62 permalink

    mengarut la Home Minister ni, hesuckmydick a/l who said on.

  9. 2009 Jun 15
    azhar1777 permalink

    Korang ada atuk umur 80 tahun keatas tak ?. Kalau tak ada jangan nak cakap memandai aje. Hanya sebab nak jaga hati 2-3 orang yang sokong chin peng korang nak biarkan waris anggota polis, pegawai keselamatan & tentera yang terkorban waktu tu luka berdarah kembali. Cuba buat kaji selidik sebab apa samsiah fakeh dibenarkan pulang, sebab apa rashid mahedin dapat hidup kat malaysia. Dia tu kena tipu hidup hidup dengan bekas pemimpin Komunis malay tu. Tambah plak ideologi yang dia bawak tu merbahaya kepada rakyat malaysia yang mana dah banyak unsur komunis berakar kembali sekarang. Kalau tanya aku, aku pun tak benarkan sebab umpama bagi kemenagan kepada komunis. Sejarah tak bohong, tapi ideologi yang buat rakyat malaysia buta. Atuk aku antara yang tentang komunis walaupun bukan ahli pasukan beruniform. kekejaman lebih dari jepun.

    • 2009 Jun 16
      beuwolf permalink

      sokong …. sebab depa dok negara aman , mula la dok pikiaq yang bukan2 . kalau ada ‘time travel ‘ , hantaq balik black , storm62 pi zaman komunis … baru depa tau langit tu tinggi ka rendah..

      orang melalak mcm anjing sokong CP , depa pun ikut sama melalak … Pak Turut . tak sabaq nak jumpa Black kat kajang ni …….

      • 2009 Jun 17
        storm62 permalink

        kah kah kah…baru2 nie Pak C4 melawat negara komunis buat apa?

        bukankah nie satu penghinaan kpd penyokong2 umno?

        cakap tak serupa bikin…kami bukan bodoh lagi tau wei.

        komunis duk lawan jepun dan ingeris mia jam hang kat mana?
        berselindung bawah sarong mak ke?

        cuba tanya polis2 yg membunuh umat2 Islam diKg Memali, apa pasai tak bunuh polis yg berkata ” Pergi jahanam dengan Islam” tu???

        mamat2 mcm melayu umno nie lah pembunuh Islam diMalaysia…hanya 3 juta melayu umno saja yg berpura menpejuangkan Islam, tapi jangan lupa, terdapat lebih 500juta umat2 Islam berbagai kaum didunia ini.

        sedih aku lihat bangsat2 ni memperalatkan agama Islam nie diMalaysia, komunis China pun terdapat lebih 100juta yg beragama Islam tapi pemgalaman mereka dgn Islam bercanggah dgn ajaran dan kelakuan melayu umno yg beragama Islam disini. Islam Hadhari???

        ko tak sedar lagi ke? jangan ditipu oleh puak kezaliman ni lagi la wei.

        • 2009 Jun 22
          beuwolf permalink

          aduhhhh …… awat la mamat si storm62 x paham2 … atau dok terlampau ‘idola’kan Black yg IQ rendah tu ….

          isu sekarang CP yang makan benda penyebab H1N1 & komunis laknat yang sengsarakan tanah melayu tuuuuu …. bukan nya semua rakyat China …… pikiaq pakai kepala lutut ….haiiiii….

  10. 2009 Jun 15
    enakbanget permalink

    cuba korang yang nak sgt chin peng balik tu korang pergi amik cuka getah asli.. pastu letak kat tangan sebelah kanan.. tangan kiri pegang botol tu ler.. ape ko rasa? itulah rasa yang ramai orang kampung aku kene termasuk bapak aku semasa komunis bermaharajalela kat kampung aku dulu.. kalau tak kejam orang tak akan benci sedemikian.. ape la susah sgt nak paham..

  11. 2009 Jun 15
    yatimbaginda permalink

    suruh saja orang yang sokong chin peng balik malaysia tu pindah pi duduk ngan chin peng kat luar negara sana.dia orang tu sebenarnya pengkianat juga suka bikin kacau saja…saje je nak cari pasal..

  12. 2009 Jun 16
    shafifah permalink

    Pengajian Kitab bersama Sheikh Muhamad Fuad Kamaluddin(Ahli Majlis Fatwa N.Sembilan),
    Hari ini di Surau Kemensah Heights
    Muslimin & Muslimat semua dijemput hadir,
    Tarikh : 16 JUN 2009 (SELASA – MALAM INI)
    Masa : Lepas Solat Maghrib & Bacaan Ratib Al-Haddad
    Tempat : Surau Kemensah Height, belakang Zoo Negara.

    http://pondokhabib.wordpress. com

  13. 2009 Jun 16
    Khianat_DrM permalink

    Sokong larangan CP pulang! Yang buat Perjanjian Damai Haadyai tu lah pengkhianat negara kerana secara rasmi berdamai dgn komunis!

    Selepas mencipta kemenangan terkutuk menumpaskan team Tengku Razaleigh dgn bantuan Ketua pemuda Najib pd pemilihan UMNO, dan mencabul perundangan negara dgn pemecatan Tun Salleh Abbas, Dr. M ingin melengkapkan “Hattrick News of The Year” dgn ‘kemenangan’ ke atas komunis pada 1989.

    Apakah keluarga mangsa tunduk dan geleng saja dgn ni???. Pelupa ni harus diseret ke mahkamah jawab tuduhan khianat.

    Soalan Rakyat Malaysia:— Kenapa Negara Komunis China enggan minta maaf kerana menaja keganasan PKM?

    Jawapn Presiden Komunis China:— Kerajaan Msia tak pernah tuntut !!. Datang lawat aku nak minta pegiktirafan dia jadi PM aje. Ayah & Anak sama saja… dulu, kini dan selamanya……

    • 2009 Jun 17
      storm62 permalink

      nak minta “ang pow” atau nak pinjam duit dari China kut?

  14. 2009 Jun 16
    melmaju permalink

    Apakah yang melayu dok kelam kelibut pasal CP nak balik malaysia.. Selama ini, inilah sikap kita.. sering bertikam lidah isu2 yang mana ada pihak bertepuk tangan melihat gelagat ‘pembela bangsa’ baik anda pro atau tidak. Jadilah pendengar yang baik. Dengar semua pandangan yang diberikan. Rumuskan dan buatlah keputusan terbaik. Anda semua diberi ‘akal’ untuk berfikir dengan baik.

    Jadi janganlah kita lupa pada tanah air dan asal kita. sebab kalau semua sudah tergadai, air mata darah mengalir pun sudah terlambat. bangunlah semua melayu yang beragama ISLAM. Carilah sesuatu yang terbaik untuk kita semua
    daripada satu hari nanti, anda semua dah tak mampu untuk berkata2 terhadap
    si A atau si B.

  15. 2009 Jun 21
    pisang permalink

    mengapakah ada sesetengah pihak mahukan CP pulang.

    kita harus melihat apakah lambang yang dibawa oleh CP. ada pihak yang menyatakan bahawa CP bertanggungjawab di dalam membebaskan malaya dan memerdekakan malaysia. kaum ini mahu menunjukkan bahawa merekalah yang sebenarnya memerdekakan malaysia. mereka memerlukan seorang wira yang kononnya membantu memerdekakan tanah melayu untuk memperjuangkan hak mereka.

    tidakkah kita sedar jika CP pulang, dia akan disambut sebagai wira yang memerdekakan Malaya. Bukan Melayu yang memerdekakan tanah Melayu. tapi kaum lain. bacalah apa yang kaum ini anggap CP, seorang wira yang memerdekakan tanah melayu.

    saya bantah kepulangan CP

  16. 2009 Oktober 18
    Ayu Safina permalink

    CP tidak patut dibenarkan pulang.
    Kerajaan Malaysia telahpun “membuka pintu kemaafan” buat insan2 tersesat jalan ini lebih dari sekali. Namun hanya segelintir yang memohon rayuan pulang. Kerana rayuabn itulah Shamsiah fakeh dibenarkan pulang. Tapi sayangnya ada insan berhati kotor cuba memainkan isu BANGSA dalam soal ini. Ianya retorik!

    Chin Peng tidak pernah memohon untuk pulang ke Malaysia. Kecuali baru2 ini dengan tujuan ingin mati di bumi Malaysia.

    Tahukah anda, TUGU MEMPERINGATI PEJUANG (KONONNYA) KOMUNIS sudah melata di Bumi Malaysia ini. Bayangkan jika Cp pulang dan mati di sini. Maka jangan terkejut kalau2 TUGU CP akan dibina lebih besar dari Tugu Negara.

    Tanyalah yang hidup di zaman keberadaan Komunis ini. Ada yang menyatakan mereka itu lebih kejam dari Portugis.

    Bodoh sungguh bangsa Melayu tidak sedar akan hakikat ini. Memainkan isu memali. Tidak relevan sama sekali. Jangan lupa 2500 orang islam dibunuh komunis selepas sehari Jepun berundur dari Tanah Melayu. Ketua Polis pun dibunuh kerana mereka. Termasuk Ketua Polis Perak berbangsa Cina.

    Mereka menyalak mengatakan KOMUNIS YANG MEMERDEKAKAN TANAH MELAYU. Maaf, semak semula sejarah. Di mana bangsa2 cina ini dalam memperjuangkan Tanah Melayu. Sebelum merdeka mereka bukan warganegara Malaysia, mereka warganegara British!!!!

    Tiada istilah memperjuangkan kemerdekaan jika kesetiaan mereka adalah kepada Queen of England!

    Jangan pernah lupa kepada Pak Pak Pejuang Melayu yang diseksa hingga ke akhir hayat dan selepas kematian mereka pun masih diseksa! Di mana pejuang kemerdekaan Cina? Buktikan jika Komunis itu menjadi pejuang kemerdekaan? BUKTIKAN!!!

    CP TIDAK LAYAK MENJEJAK KAKI DI TANAH MELAYU. JANGAN ENGKAU MATI DI TANAH TUMPAH TERCINTA AKU INI. MATILAH ENGKAU DALAM BUANGAN. KERANA ENGKAU SELAYAKNYA MATI TANPA MARUAH.

    Buat insan melayu islam sekaumku.
    India dan Cina sedang membina sekutu yang kuat.
    Hanya melayu yang berpecah belah.
    Bersatulah. Jika tidak. Melayu akan lenyap seperti di Singapura.

    DAP = PAP – pengasasnya sama.
    Di Singapura tiada 2 keluarga melayu tinggal sebelah menyebelah.
    Tidak ada satupun kawasan di singapura yang memiliki majoriti penduduk melayu lebih dari 22%. Itu taktik PAP Singapura. Sedarkah kita? Sedarkah P. Pinang semakin menghampiri ideologi pentadbiran ala-ala Singapura? Sedarkan anda?

Tinggalkan jawapan

Note: You can use basic XHTML in your comments. Your email address will never be published.

Subscribe to this comment feed via RSS