Mengapa Umno bersungguh tak benar Chin Peng pulang?

2009 Jun 22
by aminiskandar

Pernahkah anda bertanya, mengapa Umno bersungguh-sungguh tidak benarkan Chin Peng pulang ke bumi Malaysia?

Apakah benar-benar kerana dalam “civil war” diantara PKM dengan kerajaan Malaysia pimpinan BN, ramai askar terbunuh? Bagaimana pula dengan orang-orang PKM yang terbunuh?

Bukankah lumrah perang, “dibunuh atau membunuh”?

Siapakah yang Umno/Perikatan (kini BN) bersungguh-sungguh untuk pertahankan pada ketika itu?

Ahmad Boestamam ditahan oleh polis-polis upahan penjajah British

Lihat gambar diatas. Siapakah yang ditahan oleh polis-polis upahan Penjajah British tersebut? Bukankah orang itu adalah Ahmad Boestamam seorang nasionalis yang memimpin Angkatan Pemuda Insaf (API), sebuah organisasi yang kemudiannya diharamkan oleh penjajah British pada tahun 1948.

Untuk membaca dengan lebih lanjut mengenai kronologi penjajahan British yang menyebabakan Perang Untuk Kemerdekaan bermula, klik disini.

6 Respons leave one →
  1. 2009 Jun 22
    Chukai permalink

    cuba baca buku tulisan zaharah nawawi berkenaan panglima kiai salleh anda akan dpt sedikit maklumat mengapa chinpeng di benci,walaupun cerita dlm buku tersebut tidak berapa tepat,tapi ada antara ceritanya tepat, banyak perkara penting tidak dinyatakan dalam buku tersebut,sebab kalau di sebut mungkin buku itu tidak di luluskan oleh KDN.Saya sendiri dapat berita berkenaan panglima ini mengamuk di batu pahat dulu kerana ada sebab yg sgt besar.Cerita ini saya dengar sendiri dari seorg tua yg pergi perang bersama kiai salleh pada ketika itu. Org tua itu dah meninggal pada 1.1.1977 alfatihah.

  2. 2009 September 2
    gagak permalink

    Kalau Chin Peng boleh dibenarkan balik, bawa masuklah sekali segala pengganas di dunia ni. Kerana pertumpahan darah pasti berlaku.

  3. 2009 September 5
    amir pd permalink

    sejarah telah menceritakan bagaimana perjuangan tuanku Abdul Rahman untuk mendapatkan kemerdekaan di sokong oleh chin peng,anakanda tuanku,tuanku nerang menceritakan bagaimana tuanku dan beliau bersama dengan syed jaafar albar berkempen di batu pahat,ketika batu pahat di ketegori sebagai kawasan hitam,dimana kawasan komunis.Tuanku telah menerima sepucuk surat dari chin peng bahawa beliau menjamin keselamatan tuanku dan rombongan,bukan setakat itu sahaja tuanku nerang menceritakan bagaimana beliau dan ayahanda tersangkut di stesen keretapi ipoh ketika itu dalam perjalan balik ke alor star setelah landasan keretapi di rosakan komunis.mendapat tahu tuanku berada di dalam keretapi tersebut chinpeng mengutus sepucuk surat memohon maaf,beliau tidak tahu bahawa tuanku berada di dalam keretapi tersebut,tuanku mendapat tahu bahawa dalam keretapi tersebut membawa ramai tentera british.chin peng pernah menyatakan pada tuanku bahawa beliau menyokong usaha tuanku untuk mendapatkan kemerdekaan.ini adalah kisah yang diceritakan oleh anakanda lelaki tunggal tuanku Abdul Rahman.beliau juga menceritakan bahawa perjuangan komunis adalah melawan tentera british.

  4. 2009 November 28

    macam-macam sejarah ni.

  5. 2009 Disember 7
    arie permalink

    Sejarah cuma mitos POLITIK saja.Kenapa Ching Peng saja yang kena.Tapi orang Jepun dan Orang Putih siap dialu-alukan lagi datang ke Malaysia.Tu la pasal kalau tak de Identiti..jadi la macam tu…pegalaman saya di Vietnam warga amerika yang pergi ke sana melancong MALU nak mengaku dia tu orang Amerika sebab di orang kalah perang.Kita pulak bangga dengan orang yang telah menjajah kita…membunuh moyang kita dulu….kita pulak terbalik bangga dengan mereka…..bermakna perjuangan ORANG TERDAHULU bukannya belum selesai…tetapi PERJUANGAN YANG SIA-SIA…..Kalau lah pejuang dahulu yang sudah mati tu boleh hantar…mail tak tahulah bagaimana KECEWANYA MEREKA..alangkan makbapak yang telah banyak berkorban untuk anak seorang pu kalau anak tu GAGAL pun kecewa sampai tak boleh nak cakap…

Trackback & Pingback

  1. Mengapa Umno bersungguh tak benar Chin Peng pulang? | [*mie.gelora.my*]

Tinggalkan jawapan

Note: You can use basic XHTML in your comments. Your email address will never be published.

Subscribe to this comment feed via RSS