Hubungan Malaysia-Indonesia, kemana akhirnya?
artikel ini pertama kali disiarkan oleh The Malaysian Insider pada 23 Jun 2009, disini.
Awal bulan Jun lalu, saya berada di Jakarta, Indonesia untuk menghadiri sebuah program berkenaan dengan reformasi pilihanraya yang dianjurkan oleh sebuah badan antarabangsa.
Boleh dikatakan saya tidak bernasib baik kerana ke Jakarta ketika isu “Manohara” dan “Ambalat” sedang meletup dinegara tersebut. Di media-media cetak dan elektronik kedua-dua isu tersebut hebat diperdebatkan.
Sebaik saja ke kaunter Imigresen Indonesia, saya dapat merasakan bahang kemarahan “rakyat Indonesia” lebih-lebih lagi kerana mengenakan t-shirt yang mempunyai bendera Malaysia.
Di hotel ketika saya membuka televisyen, stesen-stesen TV Indonesia memberikan liputan yang luas mengenai kedua-dua isu yang sedikit sebanyak telah memburukkan persepsi rakyat di negara tersebut mengenai jiran dekat mereka, Malaysia.
Lebih parah lagi, pada waktu itu, kempen untuk pilihanraya presiden sedang hangat berlangsung. Calon-calon yang bertanding cuba menunjukkan siapa lebih nasionalis diantara satu sama lain bagi memenangi hati rakyat Indonesia.
Ini mengigatkan saya situasi yang berlaku dalam negara dimana pada waktu-waktu tertentu, ahli-ahli politik akan menggunakan sentimen anti Singapura untuk meraih sokongan.
Teman-teman saya di Jakarta tidak ketinggalan untuk bertanyakan kepada saya mengenai kedua-dua isu tersebut. Oleh kerana kami sudah lama kenal, perbincangan dan perbahasan dapat dilakukan tanpa melibatkan emosi dan sifat-sifat nasionalistik.
Kesimpulan yang dapat kami capai melalui perbincangan mengenai isu Manohara dan Ambalat ialah kedua-dua isu tersebut ialah isu yang melibatkan pihak atasan dan tidak ada kena mengena dengan rakyat Malaysia dan Indonesia.
Program yang saya sertai turut dihadiri oleh teman-teman dari negara Asia yang lain seperti Afghanistan, Bangladesh, Cambodia, Filipina, Thailand, Pakistan, Sri Lanka dan ketinggalan juga rakan dari Mongolia.
Kebanyakan peserta program terkejut apabila melihat saya berbual-bual dengan teman-teman dari Indonesia dengan bahasa tempatan. Mereka bertanyakan apakah Malaysia dan Indonesia mempunyai bahasa yang sama? Untuk memudahkan kefahaman mereka, saya jelaskanlah bahawa bahasa Malaysia dan Indonesia bolehlah diibaratkan seperti bahasa Hindi bagi rakyat India dan bahasa Urdu bagi rakyat Pakistan.
Pertanyaan dari teman-teman tersebut menyebabkan persoalan timbul dibenak hati saya tentang mengapa Malaysia — Indonesia yang mempunyai bahasa dan kebudayaan yang hampir sama seringkali bersengketa?
Sejarah ketegangan Malaysia-Indonesia
Dari segi sejarah, Malaysia pernah berkonforntasi dengan Indonesia oleh kerana Indonesia tidak bersetuju dengan pembentukan Malaysia yang melibatkan kemasukkan Sabah, Sarawak dan Singapura.
Presiden Soekarno menganggap bahawa penubuhan Malaysia adalah satu percubaan kolonial Inggeris untuk meneruskan keuasaaan di Asia Tenggara melancarkan gerakan “Ganyang Malaysia” pada 27 Julai 1963.
16 September 1963 secara rasminya Malaysia ditubuhkan dimana Malaya bergabung dengan Sabah, Sarawak dan Singapura. Akan tetapi, Singapura meninggalkan Persekutuan Malaysia kurang dari dua tahun selepas itu pada 9 Ogos 1965.
Konfrontasi Malaysia-Indonesia berlangsung dari 1963 sehingga 1966. Dalam tempoh tersebut banyak peristiwa serang menyerang berlaku diantara tentera kedua-dua negara sehinggalah konfrontasi ditamatkan secara rasminya pada 28 Mei 1966 dalam sebuah persidangan di Bangkok, Thailand dimana pemerintah Malaysia dan Indonesia mengumumkan untuk menyelesaikan konflik tersebut. Peperangan berakhir bulan Jun, dan perjanjian damai ditandatangani pada 11 Ogos 1966.
Hari ini apabila berlakunya kes “Manohara” dan “Ambalat”, sudah pastinya ada rakyat diantara kedua negara yang hidup dizaman konfrontasi akan terkenang kembali sejarah hitam tersebut.
Akan tetapi, perkembangan baik diantara rakyat Malaysia — Indonesia selepas 1966 sehingga hari ini menyukarkan “sesuatu lagi perang” untuk muncul kembali.
11 Jun lalu, sebuah NGO dari republik Indonesia yang dikenali sebagai “Laskar Merah Putih” menganjurkan demonstrasi dihadapan kedutaan Malaysia di Jakarta.
Demonstrasi tersebut dianjurkan untuk menentang pencerobohan Malaysia di Ambalat. Demonstrasi tersebut digemparkan lagi apabila Manohara yang diberi gelaran Cik Puan Temengong Kelantan dengan ditemani oleh ibunya, Daisy Fajarina hadir memberikan ucapan sokongan kepada demonstran.
Terbaru, Menteri Tenaga Kerja dan Transmigrasi Indonesia, Erman Suparno mengumumkan pemberhentian penghantaran “pembantu rumah” dari negara tersebut untuk bekerja di Malaysia.
Pengumuman tersebut dilakukan ekoran dari kes penderaan pembantu rumah rakyat Indonesia oleh majikan Malaysia baru-baru ini. Menurut Erman, sebelum arahan tersebut dikuatkuasakan, beliau akan memanggil satu mesyuarat diantara pihaknya dan wakil dari Malaysia.
Ini sudah pasti akan megeruhkan lagi perhubungan diantara Malaysia–Indonesia.
Hubungan kebudayaan antara rakyat kedua negara
Selain politik dan ekonomi, rakyat Malaysia dan Indonesia dihubungkan melalui pelbagai medium seperti filem dan muzik.
Kris Dayanti, Peterpan, Dewa, Rossa, Melly Goeslow sudah tidak asing bagi rakyat Malaysia.
Manakala di Indonesia pula, Siti Nurhaliza, Iklim dan Search mendapat tempat dikalangan rakyat mereka.
Beberapa tahun lalu, ketika isu Pulau Sipadan dan Ambalat heboh, ada kelompok di Indonesia yang menggeluarkan slogan, “Ganyang Malaysia, Selamatkan Siti Nurhaliza”.
Pada tahun 1990, sebuah filem yang bertajuk Isabella diterbitkan dengan kerjasama Indonesia – Malaysia. Filem ini adalah berdasarkan lagu “Isabella” dari kumpulan Search yang begitu popular dikalangan rakyat kedua-dua negara pada ketika itu.
Filem arahan Boyke Roring itu dibintangi oleh Amy (Search) dan Nia Dzulkarnain sebagai bintang utama begitu popular dan mendapat sambutan yang memberangsangkan oleh rakyat kedua-dua negara.
Ini membuktikan bahawa aktiviti seni budaya mampu untuk merapatkan hubungan diantara rakyat kedua-dua negara. Jika kedua-dua pihak serius untuk memperbaiki persepsi dan hubungan diantara Malaysia-Indonesia, sesuatu tindakan harus diambil dengan segera sebelum ianya terlambat.
Aktiviti seni dan budaya seperti muzik atau filem bolehlah dijadikan salah satu medium untuk menyampaikan mesej-mesej perdamaian dan persahabatan diantara Malaysia-Indonesia.
Contohnya, konsert diantara penyanyi-penyanyi Indonesia-Malaysia bolehlah dianjurkan sebagai langkah awal untuk membunuh persepsi negatif dan merapatkan jurang perbezaan diantara rakyat kedua-dua negara.
Jika hubungan Malaysia-Indonesia kembali rapat dan akrab, rakyat daripada kedua-dua negara yang akan mendapat keuntungan jangka panjang di rantau Asia Tenggara tambahan pula bahasa yang digunakan oleh rakyat Indonesia dan Malaysia merupakan bahasa yang terbesar digunakan di Asia Tenggara dan telah dicadangkan oleh Prof Shin Yoon Hwan dari Universiti Sogang, Korea Selatan untuk dijadikan bahasa perantara bagi negara-negara Asean.















Menteri BN Banyak Turun Padang ?
Tolak gelaran Dato’ …………….
Dalam sibuk2 orang nak muqobalah dan kerajaan perpaduan……ramai orang/ahli PAS marah……sebab tak setuju dengan nak bergabung atau nak berbaik2 dengan umno…
Saya mendapat berita…… Hj Mohamad Sabu telah menolak tawaran untuk mendapat Dato’ untuk ulangtahun TYT Penang yang akan datang nie……
Ini bukan kali pertama rupa2nya….
Ini kali kedua beliau menolak tawaran penganugerahan Dato’ dari TYT Penang…..
Walau sebenarnya cuma Penang sahaja yang ingatkan kat dia…… negeri lain yang PAS perintah jangan harap…
Walaupun sebenarnya ….itulah prinsip beliau kerana…Dato’ tiada membawa apa2 makna di dunia ni…..beliau berkata begitu, setelah merujuk kepada para ustaz dan ulama ….kerana hidup di dunia ini yang penting ialah mencari “Mardho Tillah…..” bukan nama atau pangkat, disamping keikhlasan untuk berjuang…..
Bak kata Mat Toi juga…….” semua dunia tu…….”
Prinsip pemimpin PAS lain……ha ha …..awak dan saya tahu
Black, Sy percaya Hubungan Malaysi-Indonesia tidak akan aman sekira nya Kita tidak menghormati HAK Asasi Pekerja Indondesia.
Masalaha Perhambaan Pembantu Rumah Tangga sehingga menahan Pasport dan tidak benarkan hari istirehat yang di promosikan oleh Persatuan Agensi Perkeja Asing Malaysia adalah racun yang akan membunuh hubungan baik kedua neagra.
Bilakah kita akan mengeluarkan Dasar Buruh Asing yang Transparen? dan bila kah kita akan menghapuskan sistem pengambilan dan penemptan tenagakerja Indonesia melalui Agensi pekerja akan jadi titik bemula nya siratulrahim kedua negara.
Selama ini, perhubungan pemimpin negara adalah hanya hiasan pentas politik. Perasaan wasangka antar birokrat masih tidak capai optimal , malah di peringkat akar umbi, masyarakat benci akan Malaysia!
indonesia kampong malaysia udah beri banyak pekerjaan kepada indonesia lagi mau kritik malaysia if no malaysia indonesia cant step forward indonesia dungu
Alex,
Benar apa yang saudara katakan.
Sememangnya rakyat Malaysia secara keseluruhannya tidak menghormati HAM pekerja Indonesia.
Lihat sajalah apabila dilakukan survey, lebih 50 % rakyat Malaysia tidak menyokong pembantu-pembantu rumah dari Indonesia ini diberikan cuti sehari.
Akan tetapi masih ada juga rakyat Malaysia yang mengiktiraf HAM rakyat Indonesia… Walaupun golongan ini lebih sedikit dari golongan yang menindas tu….
Disebalik vokalnya menyuarakan tidak puashati, orang indonesia lupa terma ’serumpun’ yg mereka sendiri mulakan. sudahkan namanya ‘malay archipelago’ sememangnya terlalu banyak persamaan diantar kedua negara terutama dari segi sosio-budaya sejak azali lagi.
kerana ada sifat dendam ganjang msia sehingga dari mana terbitnya lagu negaraku dan iklan tourism pun dijadikan bahan persengketaan dalm melabelkan malaysia sbg ‘malingsia’.
bukan salah msia tahap korupsi di indonesia sangat tinggi tapi salah pemerintah indonesia. rakyat indonesia hidup melarat dalam istilah capitalisme ‘the rich becomes richer, the por becomes poorer’ dan terpaksa merantau mencari sesuap nasi untuk keluarga mereka. tahukan indonesia apa akan jadi sekiranya malaysia menghantar KESEMUA rakyat indonesia yang bekerja di Malaysia balik? maka pemerintah indonesia sekalipun tidak akan tahu menguruskan mereka.
bagi saya inikan cuma peluang untuk mengalihkan isu domestik indonesia untuk mendapatkan undi sekitar pilihanraya nanti. sudah rezeki malaysia untuk lebih maju dari indonesia.
sangat setuju , satu komen yang berasas dan logik.
Black ,
Kat rumah hang ada maid ka ??? Ambil maid ni macam gamble … kalau maid tu baguih , ok la… kalau tak baguih , lesap 5-6 ribu (sapa nak tanggung?). Ada kes, pi lari kedutaan , buat tuduhan macam2 walhal malas jadi maid …… Setengah depa tu mai bukan nak kerja , ada yang tersirat …….
Tengok la hujung minggu ramai melepak kat shopping komplek, lepak2 ngan Bangla / Indon , pastu ada pula yang buat kerja sampingan . semua ni sebab ada kesempatan ….. Terus terang kalau cuti sehari … bertambah la lagi masalah sosial . Kita sebagai majikan kena 100% tanggungjawab .. makan minum , sakit demam … kita pun manusia juga apatah lagi yang mengucap.
Majikan jahat ….payah la nak cari majikan yg kejam di kalangan org melayu , sbb org melayu ni baik dan hormati org . Kalau majikan yang jahat dikalangan org melayu amatla sikit. Tapi kalu dah baik tu …. Pijak kepala la pulak . Kalau bangsa asing tu , memang depa perah betoi tenaga maid ni. Tengok la kes dera maid , mostly bangsa apa? Satu lagi , cadangan supaya maid Islam hanya kerja ngan majikan Islam tu , saya sokong.
Setengah2 maid tu , sampai m’sia seminggu lepas tu lari …. Black , tak baca paper ka ? tak tengok ka rancangan 360 (mazidul – isu maid setan) Jangan la nak bela depa tu sangat … nak jadi hero Indon ka???
Hang Jgn hanya pikir masakah pekerja, tapi sistem recruitmen keseluruhannya.
Tauke Agensi pekerja di Malaysia hanya jual manusia yang tidak terlatih dan tidak melakukan tanggung jawab yang professional sebagai agen. Dlm otak Agen Malaysia hanya keuntungan saja.
Pikir kan gaji Pembantu RM 500 kena kerja sampe 16 jam sehari, agen hanya jual bio-data terima RM 8,000 atau bersama degan gaji 16 bulan.
Sekarang Kuota Maid itiu sama seperti AP kereta mewah. Kalo miad di pindah 3 kali, Agen dapat RM 24,000 ! Ini jual manusia yang dijadikan hamba!
Bila berlaku kes, Majikan dgn maid saja yang kena, mana ada Agen yang muncul selain dari geger tentang untung mereka tak cukup kerana agen Indonesia minta banyak! Pada hal semua agen kedua pihak pengkhianat belaka!
Kalo agen di latih dengan baik dan majikan memberi layanan yg baik, pasti tak akan lari! ( dgn catatan Agen harus memastikan tujuan Maid adatang yg betul betul mau cari razeki dan bukan utk lari)
Agen Malaysia lbh suka kalo maid dipindah2 majikan kerna dapat banyak wang!
Kalo kita pikir maid itu seperti anak atau saudara perempuan kita dan menggangap mereka seperti ahli keluarga pasti kondisi akan lebih kondusif dan mesra.
ulasan yang menarik
salam hangat
setuju bro…menarik banget
Kita semua berharap yang terbaik melihat kita sama2x satu rumpun…semoga akhirnya menuju persaudaraan yang sempat hilang. salam kenal
sedah sewajarnya rakyat Indonesia dan malaysia bersahabat tidak saling menyakiti satu sama lain…alangkah indahnya bila semua itu dapat tercapai
salam…
mudah mudahan indonesia dan malaysia bisa tetap akur
semoga indonesia dan malaysia bisa tetep akur
saya hanya berharap hubungan antara Indonesia dengan Malaysia membaik dan bisa bersikap dewasa di kubu kedua negara terutama para pemimpin2nya..
Sy berpengalaman berinterakasi dan berdebat dengan orang indonesia di dalam forum lebih kurang 2tahun. hahaha….kelakarnya.
memang paling jelas mereka marah sebab menuduh malaysia telah mengklaim banyak budaya mereka. Tapi… malaysia menyatakan bahawa malaysia tidak pernah mengklaim apa2 budaya dr Indonesia.
Setelah di selidiki mereka marah bersumberkan iklan visit malaysia yg menampilkan budaya mereka. Sudah dijelaskan bahawa malaysia cuma mengunapakai tapi tidak pernah mengklaim.
Atas tuduhan Indonesia itu mereka seharusnya meminta maaf kepada malaysia.
Kempen Visit Malaysia yg mempromosikan Malaysia Truly Asia iaiatu mempromosi budaya di Asia kepad dunia disalah anggap oleh Indoneisa dengan menuduh malaysia maling.
Indonesia harus minta maaf!!!!
Cari titik temu yang dapat melestarikan hubungan serunpun lebih penting dari segala-gala nya.
Nenek moyang Bumiputra Mlaysia datang dari seluruh pucujk nusantara maka mereka juga bawa bersama adat resam dan budaya mereka bersama.
Orang Jawa Parit sulung malah mengekalkan budaya Jawa yang lebih kuno dari yang di praktik oleh masyarakat jawa di Kota Indonesia!
Iklan Malaysia Truly Asia memang bagus sekali, ia akan lebih bagus kalau di promosikan bersama negara jiran yang berkongsi budaya termasuk Cina dan India!
Baik-baik saja dan jgn cari balah dan ungkit masalah kecil; lebig baik sama2 melestarikan budaya serumpun dan berasa bangga dgn pengitirafan dunia luar!
sedih juga bila akhbar2 indonesia..terus menyerang malaysia.menghina org malaysia..kerana perkara2 remeh atau isu minoriti..kadang2 media indonesia terlampau dalam mengulas isu2 semasa antara malaysia dan indonesia..kt serumpun kan?dulu tiada indonesia..tiada malaysia..dulu ada kepulauan melayu,sumatera,jawa..boneo.dll..kalau di sarawak..bahasa kami sama dengan org di kalimantan..sbb kami satu bangsa!bezanya negara sahaja..tp kami sering melawat dan sgt menghormati..sy benci org meniup api kebencian malaysia indonesia…ya..memang ada org yg buat penindasan,isu mahonara la,ambalat la..tarian pandetla..sapa yg bersalah..harus dihukum..bukan seluruh rakyat malaysia dimarahi,dihukum..dikutuk..
mungkin org yg mengutuk kuat itu..belum datang ke malaysia lg..dan lihat siapa org malaysia….kebanyakkannya..org indonesia yg berpindah ke kepulauan melayu lebih 100 tahun dulu…fikir2kanla..” berperang dengan bangsa sendiri???”
benar nian tu pakcik.kita sama2 serumpun, mungkin jumlah orang melayu di Indonesia lebih banyak daripada di Malaysia. Saya orang melayu, saya juga orang Indonesia, budaya kita sama-tapi kenapa kita marah-marahan macam ni? janganlah saling serang walaupun hanya dengan kata-kata.Kalau berbalas pantun bolehlah…orang Indonesia memang lagi mudah marah sekarang, karena kehidupan sosial yang tak adil karena ulah sekelompok kecil orang. Negara sekaya ini bisa punya rakyat miskin yang banyak, aneh kan? Orang Malaysia pun tak boleh menghina orang Indonesia, pakai sebutan indon-apa pulak ni?-yang punya watak jahat tu tak terbatas orang Indonesia, orang lain pun bisa pula jadi jahat. Jangan menaruh prasangka semua orang TKI tu jahat. Ok-lah sekarang Malaysia lebih kaya dan maju dari Indonesia, tapi jangan pula sombong, Indonesia pun dengan izin Allah akan bisa maju. Ingat, kesombongan tu ada balasnya.
iya malaysia enggak pena sesekali sombong indonesia yang bikin malaysia marah malaysia enggak pena mengkritik orang indonesia yg membanjiri malaysia dan membuat malaysia sengasara karena terlalu banyak indonesia yang menganbil alih kerja orang malaysia
Assalamualaikum
Sebagai orang Indonesia saya melihat sengketa yg terjadi antara Indonesia dgn Malaysia ini lebih krn provokasi pihak asing (negara2 Kapitalis). Provokasi ini dilakukan melalui media-media Massa yg samar-samar kita tahu telah dikuasai oleh Kapitalis Asing. Indikasinya, betapa gencarnya media memberitakan masalah klaim budaya (Tari Pendet, angklung, wayang), perebutan tapal batas Ambalat, akan tetapi mengenai perusahaan Freeport yg menjarah emas di Papua, Chevron yg menghisap minyak di Riau luput atau memang sengaja diluputkan dari pemberitaan (bagaimana tidak…perusahaan tsb yg jd sponsor iklan dlm program berita di TV). Opini digiring utk berperang dgn Malaysia dgn semangat Nasionalisme yg menurut sy tidak pada tempatnya.
Indonesia-Malaysia berperang, maka negara2 Kapitalis Kafir itu yg tertawa, dan apa yg didapat penduduk yg tinggal di kepulauan nusantara ini? tidak lain kehinaan dan kemiskinan krn begitu mudahnya di adu domba oleh kaum Kapitalis Kafir itu.
saya orang MALAYSIA. tetapi datuk, nenek dan moyang saya berasal dari KAMPAR, SUMATERA, INDONESIA! sudah tentu dialek percakapan, budaya, dan adat dibawa sekali. malah, keluarga saya masih berhubung dengan saudara mara kami di sana. apakah keluarga saya ini tidak berhak untuk mengamalkan budaya tersebut? apakah keluarga saya harus mencipta dialek, adat dan budaya baru disini? tidak ada orang didunia ini, apabila berhijrah, meninggalkan terus budaya masyarakat asal meraka. jadi tidak timbul soal mencuri budaya adat resam, kerana melayu malaysia = melayu indonesia. hanya orang yang buta sejarah sahaja yang akan terus beremosi.
patut diadakan satu badan kerjasama diantara MALAYSIA dan INDONESIA dalam menghadapi isu-isu berbangkit ini. sesi perbincangan dan yang kerap serta berkala perlu dilakukan diantara wakil kedua-dua kerajaan, dan kata sepakat harus dicapai. hasil dari perbincangan ini hendaklah dihebahkan di kedua-dua negara melalui media massa, agar dapat mengurangkan salah faham antara rakyat dikedua-dua negara.
sudah menjadi trend, tidak kira di malaysia ataupun di indonesia, isu-isu yang difikirkan kontoversi dikaca mata mereka, akan disensasikan oleh pihak media yang berfikiran cetek(bukan semua bersikap seperti itu).
malah sebagai orang yang se-agama iaitu beragama ISLAM, patut kita merenung kembali ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. beliau mengajar kita menyayangi saudara sesama Islam, KITA ADALAH BERSAUDARA! dalam hubungan saudara, adalah perkara biasa konflik dan salah faham itu berlaku. tetapi nabi telah mengajar kita cara untuk menangani konflik dan salah faham ini, melalui AL-QURAN dan SUNNAH baginda.
fikir-fikirkanlah.
Apa nak di hairankan dengan Malaysia.Semua barang tiruan.Cakap je barang Malaysia.Tengok kereta je la semua tiruan.Tapi harga lebih mahal dari yang Ori….Identiti tak ada langsung.Tu pasal orang kaya pun malu nak pakai kereta Malaysia.Orang Jepun datang Malaysia tengok kereta kat tempat dia sama je dengan tempat kita.Cuma nama je lain.Dia orang lagi bangga…kita cuma jadi Pak Kaduk je la.Sama juga pakai Levi’s siam ataupun Ori…Menteri Pelancongan pun tak tau Sejarah..kalau dh tahu tarian daripada Negara orang lain tak payah la nak buat dalam iklan..mane pergi Identiti sendiri…tiru orang punya cakap kita buat..memalukan….Malaysia ni malu dengan Identiti sendiri..masa Bush datang Malaysia pakaikan baju BATIK…pakaikan BAJU MELAYU..baru la nampak Identiti Malaysia….sedih tengok Malaysia ni…macam jugalah KEMPEN BELILAH BARANGAN BUATAN MALAYSIA pak Menteri yang datang buat perasmian datang naik Mez…buat malu je….sape nak dengar kempen cam tu…..