AL- KESAH BIK MAMA - Hishamuddin Rais

4 08 2008

(Mengikut al-kesahnya, Anak Tok Penghulu Lama dan Dua Budak Suruhan lari dari kampong hingga ke Pekan. Demikianlah kesah cerita turun temurun yang disampaikan olih nenek kepada cucu dan cucu kepada cicit.)

Rupa-rupanya mengikut yang empunya cerita al-kesah Kerbau Jantan ini terus bersambung.

Anak Tok Penghulu Lama bersama Dua Budak Suruhan termengah-mengah cuba melarikan dari orang kampung yang memburu mereka. Lintang pukang mereka lari - banir terlanggar belukar diredah – dengan harapan mereka akan terselamat. Lari punya lari akhirnya mereka pun sampailah ke hadapan sebuah rumah yang besar terletak jauh dari Pekan.

Baca baki entri ini »





MAT EZAM BUKAN PENGKHIANAT- Hishamuddin Rais

29 05 2008

Saya cukup hairan  dan marah apabila ada yang menuduh Mat Ezam sebagai seorang pengkhianat. Ini bukan kerana saya hendak bodek Mat Ezam. Saya hanya cuba menerangkan hal duduk perkara.  Malah saya cukup hairan kenapa akhbar tabloid Le Fou Total   terperanjat  gadang apabila Mat Ezam masuk menjadi anggota gerombolan United Malays National Organisation.

Sesiapa yang hairan atau terperanjat  mereka adalah ahli-ahli politik poyo. Ngok tak tahu membaca politik macam  le chef de fou Zainuddin Maidin.

Saya tahu siapa Mat Ezam ini. Dua tahun saya berkongsi satu sel dengan dia. Ezam bukan Mat Ezam poyo. Dia bukan pengkhianat garis perjuangan. Mat Ezam sampai hari kiamat pun  tidak akan mengkhianati garis perjuangan  yang menjadi akidah hidupnya.

Cuba ingat betul-betul   dan ingatkan apa yang selalu di ceramahkan oleh Mat Ezam. Bukankah Mat Ezam selalu berkata -  dia akan melawan penindasan dan berjuang untuk kumpulan yang tertindas. Dia akan tampil ke hadapan untuk membantu kumpulan minoriti yang tertindas. Malah dia pernah berceramah sampai terpancut-pancut  suaranya hendak meniru-niru bunyi suara Kamarad Karl Marx dengan kata-kata  – contre l’ oppresion de l’homme par l’homme.

Baca baki entri ini »





SURAT UNTUK DEWAN BAHASA (Siapa Madame Dotty?)- Hishamuddin Rais

26 12 2007

Saya terbaca satu berita yang amat memilukan. Berita ini berpunca dari bangunan parlimen. Seorang gedebe dalam parlimen telah menuduh  Dewan Bahasa Pustaka telah  mandul. Mandul ertinya tidak berkeupayaan untuk beranak. Tidak beranak tidak bermakna tidak ada ronggi ponggi. Malah lembaga-lembaga yang berkanun dan kurang berkanun banyak juga yang jatuh mandul, terutama jika lembaga itu sarang Melayu. Lembaga yang menjadi sarang Melayu ini memang banyak mandulnya  tapi hebat  ronggi pongginya di dalam nya.

Bahasa adalah sesuatu yang hidup, bernafas dan terus bernyawa dan beronggi ponggi. Ertinya bahasa akan terus bertokok tambah melahirkan anak dan cucu cicit yang baru. Ada anak haram, ada anak luar nikah, ada anak pungut atau anak tut dari pelbagai bangsa. Hari ini perkataan pautan tidak ada sangkutan lagi dengan pokok. Konekted tidak ada sangkut paut dengan ‘bende’ itu. Download bukan meletakkan beban kerana kerana beban itu berat. Semua ini adalah contoh-contoh perkataan baru yang memasuki kamus Melayu.

Saya amat pilu apabila DBP dituduh mandul. Untuk menangkis tuduhan gedebe itu, saya sebagai pecomeh Bahasa Melayu disini ingin menambahkan lagi perbendaharan kata-kata bangsa saya. Takbir!

Baca baki entri ini »