Hishamuddin Rais dan Tukar Tiub

3 09 2008

Dahulu, blog ini seringkali menyiarkan artikel-artikel tulisan Hishamuddin Rais. Kini, tidak perlu lagi. Beliau kini telah menggegar dunia blog dengan blognya Tukar Tiub.

Ketika posting ini ditulis, pembaca Tukar Tiub telah mencecah angka 398, 773. Blog yang dimulakan pada 5 Ogos itu dijangka akan mencecah angka 500 000 pembaca apabila genap sebulan usianya.

Tahniah Isham!! Selamat datang ke dunia blog!!!





POYOO BETUL CHERUK TOK KUN - Hishamuddin Rais

13 08 2008

‘SELAMA 10 tahun saya berjuang untuk manusia bernama Datuk Seri Anwar Ibrahim dan sepanjang tempoh itu juga saya keluar masuk lokap demi mempertahankan perjuangan beliau.

”Namun setelah beliau dibebaskan, tidak sekalipun beliau menghubungi saya dan bertanya sama ada saya makan atau tidak, bagaimana keadaan keluarga saya dan bagaimana nasib saya akibat bisness yang telah lingkup,” demikian luahan kecewa Abdul Ghani Haroon, bekas ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Di Petik dari Utusan Malaysia 3.Ogos 2008-08-06

Mamat dari Cheruk Tok Kon ini memang cukup poyo. Ini bukan bukan fitnah dari Saiful atau dari Uncle Pet. Ini telah terbukti saheh. Ini dari mulut Abdul Ghani Haroon. Siapa yang tak faham makna poyo sila tanya Mat Rempit. Kalau masih ada yang tidak tahu apakah bendanya Mat Rempit ini maka saya cadangkan mereka berhijrah ke Dacca atau ke Nepal dan jangan pulang ke Malaysia sehingga faham makna poyo.

Bila saya terbaca berita tentang Abdul Ghani Haroon ini, hati saya berasa pedih lagi pilu. Jiwa saya mendayu-dayu. Air mata saya berderai-derai keluar macam biji-biji mutiara di leher Datin Rosmah.Nasib baik saya tidak pernah memakai seluar dalam kalau tidak ehem saya pun akan menangis sama.

Baca baki entri ini »





AL- KESAH BIK MAMA - Hishamuddin Rais

4 08 2008

(Mengikut al-kesahnya, Anak Tok Penghulu Lama dan Dua Budak Suruhan lari dari kampong hingga ke Pekan. Demikianlah kesah cerita turun temurun yang disampaikan olih nenek kepada cucu dan cucu kepada cicit.)

Rupa-rupanya mengikut yang empunya cerita al-kesah Kerbau Jantan ini terus bersambung.

Anak Tok Penghulu Lama bersama Dua Budak Suruhan termengah-mengah cuba melarikan dari orang kampung yang memburu mereka. Lintang pukang mereka lari - banir terlanggar belukar diredah – dengan harapan mereka akan terselamat. Lari punya lari akhirnya mereka pun sampailah ke hadapan sebuah rumah yang besar terletak jauh dari Pekan.

Baca baki entri ini »





DUIT BATANG PISANG- Hishamuddin Rais

7 07 2008

Jika Anwar di dapati bersalah oleh mahkamah  rakyat tidak akan percaya. Apabila Najib dikatakan  tidak terlibat  dalam pembunuhan Altantuya orang ramai pun tidak percaya.

Percaya atau tidak percaya? Betul atau tidak betul? Najib betul ke atau  Anwar yang  betul? Raja Petra betul ke? Balasubramaniam betul ke?

Semua persoalan-persoalan ini sedang  berada dalam fikiran semua warga negara ini sekarang. Anak semua bangsa, warga semua derjat sedang bertanya-bertanya  dan berfikir kuat.  Apa yang berlaku pada akhir bulan Jun ke  awal Julai 2008 ini  telah membawa kita semua  kembali 10 tahun ke belakang – kembali ke September 1998. Mungkin ramai generasi muda tidak mengetahui apa yang sebenarnya telah berlaku 10 tahun dahulu. Mungkin ada juga generasi yang bukan muda tetapi telah kabur-kabur ingatan.

Baca baki entri ini »





JANGAN PERCAYA KEPADA RAJA-RAJA- Hishamuddin Rais

29 06 2008

Dari zaman saya kanak-kanak lagi saya telah tidak percaya kepada segala bentuk raja. Apa bendanya raja raja ni? Guli apa yang dipanggil raja ini. Entah apa cenerah yang dipanggil raja. Entah apa ke pundingnya di panggil raja. Natang bewok gapo rajo ni?
Sampai ke Senaling saya pun tidak akan percaya kepada raja – terutama kalau namanya Raja Petra.

Raja Petra ini entah orang entahkan biawak. Biar betul. Apa bakulnya raja Petra ni ? Siapa yang menjadikan dia raja. Dari lubang mana Mamat ini keluar. Dari bukit mana dia muncul. Saya tengok gambar Mamat ini mukanya macam Gurkha dari kem Paroi. Pelik . Kalau benar dia Petra apa ke jadahnya dia di Malaysia. Petra patut duduk di Jordan.

Baca baki entri ini »





MINYAK – KENAPA KITA MARAH- Hishamuddin Rais

13 06 2008

Harga minyak semakin meledak tinggi. Orang ramai semakin marah.

Saya telah menulis tentang bahan bakar minyak petroleum ini seawal wujudnya kolum Dot Mai saya di Malaysiakini. Saya juga telah menulis tentang perkara yang sama untuk pembaca Mandrin di akhbar Oriental Daily. Apabila saya menulis di Suara Keadilan agenda minyak ini telah beberapa kali saya garap.

Kali akhir saya menulis tentang minyak ialah apabila saya membaca niat PKR untuk menurunkan harga minyak sebagai janji pilihan raya umum ke 12. Saya memiliki pandangan yang berbeza dari hal bahan bakar minyak petrol.

Saya sedar TIDAK ramai yang memahami apa yang telah saya tulis dalam masa sepuluh tahun ini. Ada yang tidak mahu faham. Dan ada pula yang menganggap pandangan saya ini adalah pandangan seorang hippie yang anti-kereta dan anti-pembangunan.

Saya adalah penganut mazhab Peak Oil/Puncak Minyak. Puncak Minyak ini adalah satu teori yang mengajukan pandangan bahawa minyak yang mula ditemui 150 tahun dahulu kini kian habis. Pada awalnya bahan mentah ini senang memancut dan mengalir keluar. Peningkatan ilmu dan teknologi moden telah dapat pula membantu pengaliran minyak dengan banyak - sama ada dari daratan mahu pun dari perut laut.

Pancutan yang melimpah ruah dari telaga minyak ini akhirnya akan sampai ke satu tahap yang paling tinggi. Tahap tinggi ini dipanggil Puncak Minyak. Sesudah sampai ke tahap puncak ini maka pancutan minyak itu akan mula menurun. Akhirnya untuk mengeluarkan saki minyak dalam perut bumi air wajib dipancut ke dalam bumi agar dapat menolak minyak ke atas. Ini sedang berlaku di banyak telaga-telaga minyak di Saudi.

Baca baki entri ini »





MONOLOK SEORANG NYAH-I SEDIH BILA YOU MERAJUK-Hishamuddin Rais

4 06 2008

“ You ni… I betul-betul sedih bila I  dengar you keluar parti you. I dengar you yang buat parti tu.  Pasal apa you keluar. Ni dah ada orang buat cerita  kata  parti you  tu dah umur 60 tahun. Kan you number satu dan mem you number  dua.  Mana masuk akal parti you 60 tahun. Tak kan lah you buat parti ni masa umur  you 20 tahun. Masa tu you kan cute lagi belajar kat  universiti Singapura. You pun masa itu belum jadi Melayu  lagi kan ?   Napa you senyap aje tak cerita yang  parti ni you dan mem you yang punya.  Ni lah yang Mak tak faham.

La ni I dengar you dah merajuk. I dah  dengar banyak cerita. Soh seh  soh seh merata-rata. Orang parti  you sendiri  tak layan you lagi. Orang parti you ni  betul-betul buat you  macam selipar Jepun, udah pakai tinggal kat tepi jamban. Orang dah tak respect you lagi. I dengar kat Kubang Pasu pun dia orang ludah muka you. Ni yang Mak tak faham ni dulu  cium tangan you. Lah ni  ketut muka you.

Baca baki entri ini »





MAT EZAM BUKAN PENGKHIANAT- Hishamuddin Rais

29 05 2008

Saya cukup hairan  dan marah apabila ada yang menuduh Mat Ezam sebagai seorang pengkhianat. Ini bukan kerana saya hendak bodek Mat Ezam. Saya hanya cuba menerangkan hal duduk perkara.  Malah saya cukup hairan kenapa akhbar tabloid Le Fou Total   terperanjat  gadang apabila Mat Ezam masuk menjadi anggota gerombolan United Malays National Organisation.

Sesiapa yang hairan atau terperanjat  mereka adalah ahli-ahli politik poyo. Ngok tak tahu membaca politik macam  le chef de fou Zainuddin Maidin.

Saya tahu siapa Mat Ezam ini. Dua tahun saya berkongsi satu sel dengan dia. Ezam bukan Mat Ezam poyo. Dia bukan pengkhianat garis perjuangan. Mat Ezam sampai hari kiamat pun  tidak akan mengkhianati garis perjuangan  yang menjadi akidah hidupnya.

Cuba ingat betul-betul   dan ingatkan apa yang selalu di ceramahkan oleh Mat Ezam. Bukankah Mat Ezam selalu berkata -  dia akan melawan penindasan dan berjuang untuk kumpulan yang tertindas. Dia akan tampil ke hadapan untuk membantu kumpulan minoriti yang tertindas. Malah dia pernah berceramah sampai terpancut-pancut  suaranya hendak meniru-niru bunyi suara Kamarad Karl Marx dengan kata-kata  – contre l’ oppresion de l’homme par l’homme.

Baca baki entri ini »