Tanggal 7 Ogos 2007 jam 5.48 ptg adalah dengan rasminya saya kini bergelar bapa hasil perkongsian hidup bersama isteri tersayang. Segala debaran yang terkumpul selama lebih sembilan bulan sudah terjawab. Saya telah dikhabarkan berita gembira ini oleh jururawat bahawa isteri saya selamat melahirkan bayi perempuan secara pembedahan (Caeserean). Saya dengan segera memberitahu penyelia tempat saya bertugas bahawa isteri saya telah selamat melahirkan bayi perempuan. Ini bertujuan bagi melayakkan saya untuk mendapat cuti ehsan (compassionate leave) berbayar selama dua hari dari tempat saya bekerja.
Cuti Bersalin Isteri
Cuti bersalin adalah salah satu aspek dalam perundangan buruh yang sering dilihat sebagai isu yang kurang penting jika dibandingkan dengan isu-isu pekerja yang lain contohnya, isu gaji. Ini amat menyedihkan bilamana hakikatnya, cuti bersalin untuk pekerja wanita telah diiktiraf sebagai salah satu hak asasi wanita bekerja yang perlu dilindungi dan direalisasikan oleh negara. Perkara 11(2)(b) Konvensyen Penghapusan Semua Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita (CEDAW) menyatakan bahawa negara ahli harus memperuntukan cuti bersalin berbayar atau dengan faedah sosial yang berkadaran dengannya tanpa hilang pekerjaan, senioriti dalam pekerjaan atau elaun sosial. Malaysia telahpun menandatangani konvensyen ini pada tahun 1995 dan menerima Perkara 11(2)(b) sepenuhnya. Justeru, adalah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk memenuhi kewajipannya di bawah konvensyen tersebut.









Komen Terkini