RPK tidak dilupakan, 300 orang nyalakan lilin di Padang Amcorp Mall

12 10 2008

Hampir sebulan selepas Raja Petra Kamarudin (RPK) ditahan dibawah ISA, masih belum ada tanda-tanda protes dan sokongan terhadapnya akan berakhir.

Sebentar tadi lebih 300 orang berkumpul dan menyalakan lilin bagi menyatakan sokongan terhadap RPK di Padang Amcorp Mall, Petaling Jaya yang kini sedang menjalani tahanan selama dua tahun di Kem Tahanan Kamunting.

Yang lebih membanggakan, kebanyakkan hadirin yang hadir terdiri daripada muka-muka baru. Rakyat nampaknya semakin berani untuk menyatakan bantahan secara terbuka terhadap ISA.

Ketika semakin ramai rakyat menentang ISA dan berkempen untuk memansuhkan undang-undang yang diwarisi oleh penjajah British itu, Umno berkempen untuk mempertahankannya.

Selain daripada mempertahankan “legasi” penjajah British, UMno perlukan ISA untuk terus berkuasa. Akan tetapi mampukah mereka melawan kebangkitan rakyat?

Jika ISA itu digunakan untuk menutup “mulut” rakyat yang menentang kezaliman dan penyalahgunaan kuasa, ternyata pemerintah gagal. Bantahan berjalan secara berterusan. Semakin hari semakin besar jumlah yang hadir.

Kepada RPK, jangan bimbang. Perjuangan akan diteruskan….

Mansuhkan ISA!!! Bebaskan RPK!!!





Breaking news: Raja Petra Kamarudin dihantar ke Kem Kamunting selama dua tahun

23 09 2008

Updates 2 :

Raja Petra Kamarudin telahpun berada di Kem Tahanan Kamunting, Perak. Kita pasti akan merindui tulisannya di Malaysia Today….

Updates 1:

Isteri kepada RPK, Marina Abdullah turut mengesahkan tentang suaminya yang akan menginap di Kem Kamunting, Perak selama dua tahun. Klik disini.

Raja Petra Kamarudin merupakan penulis blog yang pertama ditahan ISA sekaligus ditempatkan selama dua tahun di Kem Tahanan Kamunting.

Malaysia Today merupakan sebuah blog yang telah banyak mendedahkan salahguna kuasa pemimpin tertinggi negara dan juga konspirasi politik. Contohnya seperti pengelibatan isteri Timbalan Perdana Menteri, Najib Razak dalam kes pembunuhan Mongolia, Altantuya Shaariibuu dan laporan perubatan Saiful Bukhari dari Pusrawi yang mengesahkan anak muda itu tidak pernah diliwat.

Tindakan kerajaan Malaysia menghantar Raja Petra ke Kamunting adalah bukti kerajaan ingin menyekat kebebasan bersuara dan gerakan rakyat untuk menjatuhkan regim Abdullah-Najib.

Kepada penyokong Malaysia Today dan pencinta keadilan, sila tandatangan Petisi Online kepada Perdana Menteri untuk membebaskan kesemua tahanan ISA disini.

Mari kita tunjukkan kepada Dollah Tidur yang rakyat Malaysia tidak akan berdiam diri dalam menyaksikan kezaliman. Regim boneka penjajah British yang dikepalai oleh Umno dan Barisan Nasional pasti akan jatuh menyembah bumi!!!

Posting Asal:

Raja Petra Kamarudin (RPK) akan dihantar ke Kem Tahanan Kamunting untuk menjalani tahanan selama dua tahun pada hari ini.

Menurut peguamnya, polis memberitahu mereka bahawa Menteri Dalam Negeri telahpun menandatangani surat untuk menahan RPK selama dua tahun di Kem Kamunting, Perak. Klik disini untuk membaca berita dari Malaysiakini.

Hari ini, peguam RPK ke mahkamah Jalan Duta untuk memfailkan Habaes Corpus untuk membantah penahanan RPK.

Laporan lanjut akan menyusul.





Balada Laporan Polis

18 09 2008

Di Malaysia, hanya dengan satu laporan polis, seseorang yang menentang arus boleh ditahan atau “dikerjakan” oleh undang-undang seperti Akta Hasutan.

Akan tetapi, apabila laporan polis dibuat terhadap Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, menteri-menteri dan kepada orang-orng yang bersama arus, tidak ada apa-apa tindakan yang akan berlaku. Inilah yang dinamakan dengan undang-undang yang berat sebelah.

Undang-undang yang hanya bertindak kepada musuh-musuh politik Umno dan BN.

Dua bulan selepas keputusan pilihanraya umum, BERSIH dan NIEI pergi ke Ibu Pejabat Polis Dang Wangi untuk membuat laporan polis terhadap Perdana Menteri, Pengerusi SPR, Peguam Negara dan Ketua Polis Negara. Klik disini.

Laporan polis dibuat diatas dakwaan berlakunya konspirasi untuk membatalkan penggunaan dakwat kekal empat hari sebelum pilihanraya umum ke 12 diantara keempat-empat penama diatas.

Sehingga kini, tidak ada apa-apa tindakan diambil terhadap keempat-empat konspirator tersebut.

Disisi yang lain, dengan hanya satu laporan polis sahaja, Penarik Beca, Sheih Kickdefella, Raja Petra Kamaruddin dan beberapa orang lagi bermalam di lokap.

Lebih parah lagi Raja Petra, terus ditahan dibawah ISA.

Apakah ini yang dinamakan dengan Keadilan?

Kredibiliti Polis semakin hari semakin hancur. Pembunuh Nurin Jazlin masih lagi belum ditemui. Adik Sharlinie masih terus hilang.

Inilah akibatnya kerana membiarkan PDRM diperalatkan oleh Umno dan Barisan Nasional.

Apa kata anda?





Penarik Beca direman sehari lagi….

7 08 2008

Tadi bermula jam dua petang, beberapa orang penulis blog dan teman-teman Bakar a.k.a Penarik Beca berkumpul dihadapan pintu masuk Ibu Pejabar Polis Bahagian Jenayah Perdagangan. Hujan yang lebat tidak menghalang kami untuk terus berhimpun untuk menentang penangkapan Bakar.

Kami diberitahu bahawa Bakaq ditahan pada pukul 11 malam (6 Ogos) oleh lima orang polis. Ketika Penarik Beca bertanya tentang waran tangkap, dengan angkuhnya polis berkata, “polis Malaysia tidak perlukan waran untuk menangkap sesiapa”.

Diantara yang hadir tadi ialah, Rahmat Haron, Nora, Nathaniel Tan, Bernard Khoo, Wae Joe, Zain, Hasbullah Pit, Irwan, Mahaguru 58, Munirah dan ramai lagi.

Pada jam empat petang, isteri Bakaq, Kak Salwa memberitahu yang Bakaq menghubunginya. Bakaq memaklumkan yang beliau dibawa ke Mahkamah Jalan Duta pada pukul 3.30 petang dan akan direman selama sehari lagi.

Semoga semangat Bakaq akan terus kuat untuk melawan kezaliman pemerintah ini. Kami bersamamu Bakaq!!!

Gambar-gambar diambil dari Blog Nora.

Berkaitan:

1) Hasutan: Penulis blog ditahan polis





Menantu Pak Lah dibelakang tuduhan liwat Saiful Bukhari?

4 08 2008

Sila lihat posting didalam blog menantu PM dan Saiful.

Khairy Jamaluddin didalam blognya www.rembau.net menulis artikel yang bertajuk “International Coffee Boy” pada 24 Julai 2008.

Sementara pada 1 Ogos, Saiful Bukhari memulakan posting yang pertama di blognya yang bertajuk, “Tugas-tugas seorang BEKAS “Coffee Boy” kepada DSAI”.

Baca baki entri ini »





Pakar sahkan Laporan Perubatan Saiful yang pertama relevan

31 07 2008

Malaysiakini melaporkan seorang pakar perubatan mengesahkan bahawa laporan perubatan Saiful Bukhari yang dikeluarkan oleh Dr. Mohamed Osman relevan untuk menjadi rujukan. Lihat dibawah:

Experts: Saiful’s first medical report relevant
Jul 31, 08 12:36pm
While the physical examination of Mohd Saiful Bukhari Azlan appeared to be brief and not sodomy-related, it is nevertheless still relevant to the controversial case involving embattled opposition leader Anwar Ibrahim.

MCPX

saiful bukhari azlan images 300608 03Saiful (left), who had accused Anwar of sodomising him, had gone to Pusrawi Hospital on June 28 complaining of pain in passing motion four hours before the 23-year-old lodged a police report against the PKR leader.

He said he had been experiencing pain for a week and had alleged that he was assaulted by a piece of plastic being forcibly inserted into his anus.

Pusrawi medical officer Dr Mohamed Osman Abdul Hamid, who had examined Saiful, said he found no signs of sodomy. His report was leaked to Malaysiakini and a number of Internet websites on Sunday.

Yesterday, Hospital Pusrawi authorities, while conceding that the leaked report looked “genuine”, argued that Mohamed Osman’s examination was not sodomy-related.

According to a medical expert, the police cannot ignore Dr Mohamed Osman’s report especially if it conflicts with another medical examination done at the Hospital Kuala Lumpur (HKL) several hours later.

“Dr Mohamed Osman’s observation showed no obvious physical evidence to support such a claim which could raise a reasonable doubt if the doctor in HKL observed the opposite…,” said the doctor who has years of experience in handling rape and sodomy cases.

Hospital Pusrawi 280708.jpg“Dr Mohamed Osman is experienced enough and couldn’t be wrong not to notice the obvious signs like bruises, tenderness, swellings, scratch marks, fissure and bleeding per rectal and so on,” said the doctor who requested anonymity.

“To associate tenesmus with sodomy, the complaint has to come after the event, and there would be evidence of injury to the anal mucosa like fissure or scar should be seen (to cause the pain) and there may be also some traces of blood seen.”

From the leaked document, the expert said Mohamed Osman did not do a complete medical examination of alleged victim, which was why he was not in the position to conclude with certainty that there was no sodomy.

“What Dr Mohammad Osman did is just a simple examination of a person who complaint of tenesmus and alleged assault, and from his examination he found no physical evidence to support the claim. That is why he wrote in his diagnosis ‘TRO (to rule out) assault (sodomise)’,” she explained.

Almost impossible’ to find traces of DNA

The expert said that Mohamed Osman had carried out a per rectal examination to look for obvious physical injury to the anus or rectum and he found no physical evidence to support Saiful’s claim.

The Pusrawi doctor did not find any tearing or scarring of tissue in the anus, nor was there any blood seen.

“His observation on the mental state of Saiful at that point of time is also relevant - that he appeared not in distress and ‘comfortable’,” she said.

According to the expert, Mohamed Osman had done the right thing in advising Saiful to go to a government hospital.

saiful bukhari azlan sodomy allegation anwar ibrahim medical report 300708“The court only accepts the medical examination from a government hospital which has more credibility especially if it is done by a specialist rather than the private practitioner. Other than physical examination, corroborative evidence like blood, seminal fluid, foreign materials, has to be taken as well.”

But she said that since Saiful had alleged that he was sodomised two days before he was physically examined, it would be “almost impossible” to have any trace of material for DNA identification be available unless he used the same underwear that was not washed since the alleged event.

“There would be impossible also to find any recognisable material for DNA identification as well. Thus, asking for a fresh DNA sample is highly questionable because it is not a fresh sodomy/rape case where the evidence is still available.”

Another medical expert told Malaysiakini that based on Mohamed Osman’s medical report, Saiful had complained about being assaulted by a piece of plastic.

“There cannot be a charge of sodomy unless there is actual contact between the penis and anus. If an object was used, then the charge has to be assault,” said the retired medical doctor who had carried out medical examination involving rape cases in a government hospital.





PDRM hilang kredibiliti…. Bubarkan sajalah…..

29 07 2008

Semalam negara gempar lagi. Gempar kerana laporan doktor dari Pusrawi yang mengesahkan bahawa Saiful Bukhari tidak mempunyai sebarang kesan diliwat.

Sekarang tahulah kita sebabnya mengapa polis berkeras untuk tidak menyerahkan laporan polis yang dibuat oleh Saiful terhadap Anwar. Ini adalah kerana, laporan polis yang dibuat masih belum siap. Ini adalah satu lagi episod konspirasi politik terhadap Ketua Umum KeAdilan itu.

Hilang wibabwa PDRM. PDRM yang seharusnya menjaga keselamatan rakyat kini telah menjadi “budak suruhan” Barisan Nasional. Tidak ada apa lagi yang boleh dilakukan untuk menyelamatkan PDRM melainkan membubarkannya sahaja dan tubuhkan pasukan polis yang baru.

Suara Keadilan Online semalam menyiarkan berita dan laporan perubatan tersebut. Lihat dibawah:

Baca baki entri ini »





Remaja dibelasah teruk oleh Polis di BMC

28 05 2008

Gambar ehsan Malaysiakini. Chang Jiun Haur terlantar dihospital selepas diganasi polis.

Updates: Suhakam kutuk tindakan melampau polis

Posting Asal

Sedih apabila membaca berita, melihat gambar dan menonton video mengenai kejadian di Bandar Mahkota Cheras (BMC) malam semalam yang dilaporkan oleh Malaysiakini. Klik disini untuk membaca berita dan melihat video mengenai tindakan polis yang tidak bertamadun itu.

Sebagai rakyat Malaysia, marah bercampur geram apabila melihat Polis bertindak seperti “anjing yang kelaparan” menerkam mangsa tanpa usul dan periksa.

Keganasan polis bukanlah perkara baru. Pada tahun 1998, ketika menyertai salah satu perhimpunan Reformasi, saya pernah melihat bagaimana polis memukul seorang makcik tua tanpa belas kasihan. Beliau dipukul hanya kerana bersama-sama dengan perhimpunan aman.

Peristiwa tersebutlah yang telah merubah hidup saya. Selepas peristiwa tersebut, saya terus aktif dengan gerakan reformasi walaupun tidak menyertai mana-mana parti politik.

Di Malaysia telah terbukti polis hanya menjaga kepentingan Barisan Nasional (BN) dan akan bertindak ganas apabila sesiapa cuba menggugat kekusaan dan kepentingan ekonomi BN. Selepas pilihanraya umum yang lalu, ramai pemimpin-pemimpin Umno yang kecewa kerana kehilangan kepentingan ekonomi dibeberapa buah negeri menganjurkan beberapa siri demonstrasi.

Dengan menggunakan alasan “kepentingan Melayu tercabar”, Umno menganjurkan demonstrasi dibeberapa buah negeri seperti Selangor, Pulau Pinang dan Perak. Kononnya hak Melayu sudah dirampas tetapi sebenarnya poket mereka yang semakin kosong!

Ketika itu adakah anda melihat polis bertindak terhadap mereka? Sudah tentulah tidak. Ini adalah kerana Polis Diraja Malaysia adalah sebahagian daripada Umno. Seperti juga di Indonesia, Angkatan Bersenjata Republik Indonesia (ABRI) pada zaman Soeharto adalah sebahagian daripada Parti Golkar.

Bagi yang pernah bersama-sama dengan demonstrasi-demonstrasi aman, keganasan polis bukanlah satu perkara yang baru. Tidakkira dizaman Mahathir atau Abdullah, polis tetap begitu. Sebab itu Musa Hassan bermati-matian tidak mahu IPCMC dilaksanakan di Malaysia. Jika ada IPCMC, polis akan menjadi lemah dan “rakyat tidak dapat dipukul lagi” seperti gambar diatas.

Sebagai orang Melayu dan beragama Islam, saya merasa sangat malu oleh kerana saya percaya 20 anggota polis yang membelasah Chang Jiun Haur sudah pasti majoritinya orang Melayu yang beragama Islam.

Dimanakah letaknya nilai kemanusiaan? Apakah “halal” untuk memukul Chan Jiun Haur semata-mata beliau orang Cina?





Pesan Dr. Mahathir dan pengakuan menzalimi Anwar

26 02 2008





BENTERAS USAHA SI BAPA BERUK ( SBB ) MERASUAH PENGUNDI

13 02 2008
Artikel ini ditulis oleh pembaca blog ini yang bernama Imza Ron.
Salam Amin Iskandar @AI Black,
Dalam menangani segala kemungkinan bagi menghadapi PRU 12, perlu ada satu usaha dari penggerak reformasi membuat laporan-laporan polis dan BPR atas usaha-usaha SBB anak Jamaluddin Rombau menawarkan rasuah kepada para pengundi untuk balik ke Tanah Rendah Sekebun Bunga Serambi Mekah.
Kumpulkan bukti-bukti bahawa ini usaha-usaha ini akan memberikan satu keadaan kekacauan yang hebat di negeri yang aman sekali di Malaysia.Disamping itu kemungkinan taktik menawan Trengganu akan berulang lagi. Bayangkan dalam keadaan yang sibuk hi hari kempen dan pilihanraya, jika perkara ini dibenarkan berlaku, akan mendatangkan musibah yang amat besar malah rusuhan dan kekacauan yang sengaja di ada-adakan oleh mereka ini akan memberi kelebihan kepada SBB dan balaci-balacinya membuat huru hara.
Andaikata pihak Polis dan BPR tidak mahu mengendahkan perkara ini kita laporkan kepada umum melalui internet dan melalui saluran-saluran yang boleh sampai ke pengetahuan rakyat bahawa terbukti PDRM dan BPR sudah tidak relevan dengan zaman ini, dan membuktikan bahawa kedua-dua agensi yang sepatutnya menjaga keamanan negara adalah sebenarnya korup dan tidak boleh dipercayaai lagi. Lihat saja dengan kes yang sedang dalam perbicaraan sekarang ini ALTANTUYA DAN VK LINGGAM, kedua-dua kes ini membuktikan bahawa TINDAKAN  kedua-dua agensi ini boleh di persoalkan. Dari kes pembunuhan oleh anggota Polis dan pihak yang bertanggungjawab mencegah rasuah telah melakukan perkara-perkara yang berlawanan dengan nilai aspek tanggungjawab mereka. Polis membunuh dan BPR merasuah saksi. YANG PENTINGNYA BUKAN PIHAK BARISAN ALTERNATIF YANG MEMERINTAH DAN MENGUASAI AGENSI-AGENSI TERSEBUT  MALAH KEDUA-DUA AGENSI TERSEBUT DIBAWAH KEKUASAAN  BN, UMNO DAN KONCO-KONCONYA.
Jangan ada dikalangan mereka UMNO yang cuba menonjolkan imej tidak hitam dan tidak putih mereka dengan mengatakan mereka adalah juara membela rakyat. Ini merupakan pembohongan yang besar bahkan merekalah sebenarnya yang MEMBALUN RAKYAT. Sedarkan rakyat bahawa PRU 12 ini merupakan perangkap besar yang menunggu rakyat.  Kita akan lihat jika mereka diberikan kepercayaan sekali lagi dalam PRU 12 nanti, hadiah yang akan menunggu rakyat adalah kenaikan harga minyak petrol, kenaikan harga barangan keperluan harian, kenaikan tarif elektrik dan air, golongan asnaf yang lapan perlu juga diingatkan bahawa sambutan Hari Raya Aidil Fitri tahun ini tidak akan ada agihan zakat yang adil di semua negeri-negeri yang BN kuasai. Kerana sekarang ini pun ada wang baitulmal digunakan apabila setiap kali wakil rakyat UMNO membuat lawatan kekawasan mereka.
Cik gu Bard  dan lain-lain aktivis angkatan muda diharap segera bertindak dengan saranan ini. Ini zaman digital, kumpulkanlah bukti dengan kemudahan-kemudahan yang ada.
Akhir sekali, Lawan tetap Lawan ….. Allahu Akbar..Allahu Akbar…Allahu Akbar..
Semoga perjuagan yang kita yakini suci ini mendapat keredhaan Allah hendaknya.