Bermulalah Perang terhadap Najib Razak

9 10 2008

Pagi tadi ketika pulang dari Mahkamah Jalan Duta sekitar pukul 11 pagi, ternampak satu banner digantung yang berbunyi, “Rakyat Merayu kepada Pak Lah Agar Tidak Serah Malaysia Kepada Penjenayah”. Di banner tersebut terdapat gambar Altantuya Shaariibuu, Najib Razak dan Rosmah Mansor.

Tanpa membuang masa, kereta pun dihentikan dan gambar diambil.Kebanyakkan kereta yang melalui jalan tersebut memperlahankan kenderaan untuk melihat banner tersebut.

Selepas makan tengah hari saya keluar untuk membayar bil-bil.

Dalam perjalanan pulang ketika melalui Jalan Bangsar pada pukul 2.00 petang berhampiran dengan simpang untuk ke pejabat NSTP, ternampak sebuah lagi banner yang mempunyai gambar Altantuya, Najib dan Rosmah.

Di banner ini pula tertulis,

“Najib Tun Razak Perdana Menteri Ke 6?

  • Rasuah hampir satu billion dalam urusan pembelian peralatan pertahanan.
  • Tuduh isteri pertama Tengku Puteri Zainah gila babi untuk kahwin dengan isteri orang.
  • Membeli isteri orang untuk dikahwini.
  • Punyai isteri yang tamak, boros dan queen control umpama Imelda Marcos.
  • Misteri pembunuhan Altantuya.

http://antinajib.blogspot.com Selamatkan Melayu”

Banner yang kedua ini terdapat logo Umno dan digantung disebelah banner hari raya Umno Lembah Pantai. Semalam Pak Lah mengumumkan untuk tidak mempertahankan jawatan Presiden Umno dalam pemilihan parti tersebut Mac depan.

Setakat ini Najib disebut sebagai penggantinya. Seperti yang dikatakan semalam, Najib “mungkin” menjadi penggantinya. Beliau menggunakan perkataan “mungkin” kerana Najib masih lagi perlu bertanding untuk merebut jawatan Presiden Umno. Setakat ini hanya Ku Li yang telah mengumumkan untuk mencabar jawatan Presiden Umno dalam pemilihan Umno nanti. Masih belum ada calon-calon lain yang berani.

Namun ramai pihak belum yakin Ku Li akan dapat cukup pencalonan untuk merebut jawatan tersebut.

Apa-apa pun perang dalaman Umno untuk merebut kekuasaan telah bermula. Yang peliknya, perang terhadap Najib bermula terlebih dahulu.





Zahid Hamidi sedia bertanding jawatan Timbalan Presiden Umno

3 10 2008

Bekas Ketua Pemuda Umno, Ahmad Zahid Hamidi menyatakan kesediaannya untuk melawan jawatan nombor dua tertinggi dalam Umno. Lihat berita dari Mstar dibawah:

Sah! Zahid Hamidi mahu tanding Timbalan Presiden Umno

ZAHID Hamidi bersama Abdullah Ahmad Badawi dan Najib Tun Razak pada perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya 8 Ogos lalu. Selepas spekulasi sejak minggu lalu, Zahid menawarkan diri bertanding jawatan Timbalan Presiden Umno.

[Dikemas kini] PETALING JAYA: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Zahid Hamidi mengesahkan yang beliau bersedia untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden Umno pada pemilihan Mac depan.

Ketika dihubungi mStar Online hari ini, anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno itu berkata: “Ya, ya, saya akan bertanding (jawatan Timbalan Presiden).”

Kata Zahid, beliau akan memenuhi kehendak ahli jika dicalonkan untuk jawatan tersebut dan akan membuat pendirian rasmi apabila memperoleh pencalonan kelak.

Zahid menjelaskan, beliau memutuskan untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden susulan perubahan senario politik dalam Umno sekarang dan atas permintaan ahli-ahli akar umbi parti yang mahu beliau ‘berganding’ dengan Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak memimpin Umno.

“Ekoran mesyuarat Majlis Tertinggi baru-baru ini (26 September lalu) di mana (Presiden Umno), Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan pelan peralihan akan dipercepatkan, senario dalam Umno sudah mula berubah.

“Oleh itu, rakan-rakan (saya) merasakan bahawa saya perlu mempertimbangkan untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden… justeru, saya perlu memenuhi kehendaki akar umbi agar bertanding jawatan nombor dua,” kata beliau.

Desas-desus kedengaran sejak Khamis lalu, yang Zahid, Ahli Parlimen Bagan Datoh sejak 1995, bakal menjadi gandingan Najib apabila beliau mengambil alih jawatan Presiden Umno yang kemungkinan dikosongkan Abdullah dalam waktu terdekat.

Abdullah akan mengumumkan sebelum 9 Oktober ini sama ada bertanding jawatan Presiden ataupun sebaliknya.

Persidangan perwakilan bahagian bermula 9 Oktober ini.

Zahid, 55, merupakan bekas Ketua Pemuda Umno sebelum beliau ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada September 1998.

Ekoran pilihan raya umum 2004, Abdullah melantik Zahid sebagai Timbalan Menteri Pelancongan dan dua tahun kemudian sebagai Timbalan Menteri Penerangan.

Dalam Kabinet Mac 2008 beliau dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Pada pemilihan Umno pusat 2004, Zahid berjaya mempertahankan kerusi MT dengan memperoleh undi kedua terbanyak.

Ketika ditanya mengenai kemungkinan gandingan Najib pada pemilihan Mac depan, Zahid berkata, perkara tersebut belum diputuskan.

Bagaimanapun jelas Zahid, beliau akan berbincang dengan Najid dalam waktu terdekat.

“Saya akan mendapatkan tarikh temu janji untuk menemui Najib dalam waktu terdekat,” katanya.

Awal minggu ini, Umno Bahagian Cheras dan Titiwangsa di Wilayah Persekutuan mengumumkan akan mencalonkan Najib dan Tan Sri Muhyiddin Yassin, salah seorang Naib Presiden semasa, masing-masing untuk jawatan Presiden dan Timbalan Presiden Umno.

Zahid memberitahu, berdasarkan pengalaman dalam Umno selama ini beliau mampu untuk memikul tanggungjawab tersebut jika diberikan peluang.

“Ketua Pemuda Umno (yang disandang dari 1996 hingga 1998) juga setaraf dengan Naib Presiden, dan kini saya merupakan anggota Majlis Tertinggi,” katanya.

Langkah Ahmad Zahid mengumumkan untuk bertanding ini dilihat sebagai satu percaturan politik Najib untuk mendesak Muhyiddin Yassin agar memujuk Tengku Razaleigh agar tidak bertanding jawatan Presiden Umno melawannya.

Jika Muhyiddin gagal memujuk Ku Li, Najib mungkin memilih Zahid untuk melawan gandingan Ku Li- Muhyiddin.

Itupun jika Pak Lah mengumumkan untuk tidak bertanding. Jika Pak Lah mahu bertanding, senario politik berubah lagi. Tidak mustahil Pak Lah juga boleh berganding dengan Muhyiddin untuk melawan Najib-Zahid.





60 peratus ahli Gerakan mahu keluar BN

29 09 2008

Pelan peralihan kuasa dalam Umno, tidak kira dipercepatkan atau dilambatkan, tidak memberi kesan kepada parti-parti komponen dalam Barisan Nasional (BN) yang sudah hilang keyakinan terhadap kepimpinan Umno. Tambahan lagi apabila yang mengantikan Pak Lah ialah Najib Razak seseorang yang dilihat mewakili politik lama ala Dr. Mahathir.

Pelan peralihan kuasa yang akan dipercepatkan tersebut lebih menguntungkan Najib. Suami kepada Rosmah Mansor itu selesa untuk tidak bertanding untuk merebut jawatan Presiden parti Melayu tersebut. Ini bukti Umno takut akan demokrasi. Jika demokrasi dalam parti tersebut juga tiada, apakah kita mengharapkan Umno untuk mengembalikan demokrasi di Malaysia?

Selepas SAPP meninggalkan BN. Kini muncul polemik di dalam Parti Gerakan pula. 60 peratus daripada ahli-ahli Gerakan mahu parti tersebut meninggalkan BN. Klik disini. Pemangku Presiden Gerakan, Koh Tsu Koon kini menimbangkan untuk keluar BN dan menyertai Pakatan Rakyat. Kemungkinan juga, Gerakan akan keluar dan menjadi parti bebas seperti apa yang dilakukan oleh SAPP.

Kemana masa depan BN? Apakah perlu formula baru?





Raja Petra Kamarudin ditahan ISA, BN guna Islam untuk halalkan tindakan draconian….

12 09 2008

Updates 2:

Sudah tidak ada jalan lain untuk menyelamatkan Malaysia selain daripada menggulingkan regim Abdullah-Najib.

Menggulingkan regim Abdullah-Najib adalah tanggungjawab rakyat Malaysia yang cintakan negara.

Katakanlah Pakatan Rakyat gagal menumbangkan BN, tidaklah bererti bahawa harapan rakyat untuk menyaksikan perubahan itu hancur.

Jangan kita lupa bahawa kuasa ada ditangan rakyat. Rakyatlah yang memberi kemenangan kepada ahli-ahli politik untuk berkuasa. Maka rakyat jugalah yang mempunyai kuasa untuk menumbangkan regim BN dibawah pimpinan Abdullah-Najib.

BN sangat terdesak. Kalau dahulu Umno akan menggunakan isu perpaduan Melayu untuk menipu rakyat, kini mereka sudah beralih arah.

Regim BN dengan bantuan anak dan cucu ulamak seperti Abdullah Badawi dan Musa Hassan kini memperalatkan agama Islam untuk menghalalkan tindakan zalim mereka.

Raja Petra hari ini ditahan dengan alasan kononnya penulis blog itu menghina Islam.

Ha ha ha…. Hanya Mustafa Ali sahaja yang akan percaya alasan kerajaan BN tersebut.

Umum mengetahui bahawa Raja Petra dengan menggunakan Malaysia Today telah mendedahkan pelbagai skandal dan penipuan BN. Diantaranya ialah laporan perubatan Saiful Liwat dari Pusrawi yang mengesahkan Saiful tidak diliwat.

Selain daripada itu, RPK juga mendedahkan bagaimana pengelibatan konspirator-konspirator dari Umno, Peguam dan Polis untuk mengenakan Anwar Ibrahim dalam konspirasi liwat kedua.

Syed Hamid Albar (yang berkepala botak) mengatakan bahawa Raja Petra mengancam keselamatan negara dan ketenteram awam.

Bagaimana dengan Ahmad Ismail?

Saya tidak bersetuju dengan penggunaan ISA biarpun terhadap pemimpin-pemimpin politik seperti Ahmad Ismail, Syed Hamid Albar, Abdullah Badawi, Mahathir Mohamad, Najib Razak, Khairy Jamaluddin dan lain-lain lagi.

Walau apapun pertuduhan terhadap mereka, mereka haruslah dibicarakan di mahkamah.

Akan tetapi, saya percaya bahawa kesalahan yang dilakukan oleh Ahmad Ismail adalah lebih patut dikenakan hukuman berbanding dengan Raja Petra.

Begitulah, Umno dan BN. Undang-uandang hanya akan digunakan kepada penentang mereka bukan untuk musuh negara.

Gulingkan BN!!! Mansuhkan ISA!!!

Updates 1:

Sah! RPK ditahan ISA. Isterinya Marina Lee Abdullah mengesahkan perkara ini. Raja Petra Kamarudin ditahan dirumahnya pada pukul 1.10 pm tadi dirumahnya di Sungai Buloh oleh 10 orang polis. Klik disini.

Ini adalah kali kedua RPK ditahan dibawah ISA. Kali pertama ialah sewaktu gerakan Reformasi memuncak pada tahun 2001.

Kempen untuk mendesak kerajaan Malaysia untuk membebaskan Raja Petra Kamarudin dari ditahan ISA perlu dilakukan semula.

Bebaskan RPK!!! Tumbangkan BN!!!

Posting Asal:

Saya baru sahaja menerima sms daripada Bernard Khoo penggendali blog Zorro Unmasked.

Katanya, “RPK arrested under ISA. Police in his house now. Pass the message”. (RPK ditahan dibawah ISA. Polis dirumahnya sekarang. Sebarkan).

Raja Petra Kamarudin (RPK) adalah penggendali laman Malaysia Today.

Saya akan update lagi untuk mengesahkan berita ini.





Sudah ku bilang…. Provokasi Ahmad Ismail bersambut….

9 09 2008

Dalam beberapa posting saya yang lalu, saya telah tegaskan bahawa terdapat pihak dalam Umno yang cuba untuk memainkan sentimen perkauman.

Isu perkauman adalah senjata yang sering digunakan oleh Umno dan BN untuk mempertahankan kuasa mereka.

Semalam Ahmad Ismail dan Umno Pulau Pinang membuat sidang akhbar yang mengapi-apikan perkauman.

Hari ini Wanita Gerakan membuat sidang akhbar menuntut Ahmad Ismail dikenakan tindakan ISA. Lihat berita dari Malaysiakini dibawah:

Wanita Gerakan desak tahan Ahmad bawah ISA
Sep 9, 08 10:51amWanita Gerakan hari ini mendesak supaya ketua Umno Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail dipecat dari Umno kerana membuat kenyataan berbaur perkauman.

Ketuanya, Datuk Tan Lian Hoe juga berkata Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mesti memastikan segera yang Ahmad ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana memainkan isu perkauman.

Katanya, perbuatan Ahmad yang berterusan mengecam masyarakat Cina, menjadi ancaman kepada keselamatan negara.

Beliau bimbang ia boleh mencetuskan rusuhan kaum sepertimana yang berlaku pada 13 Mei 1969.

Tan juga berkata, ahli-ahli Gerakan kecewa dan marah dengan tindak tanduk penyokong Ahmad semalam yang bertindak mengoyak gambar pemangku Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.

“Bagaimana pula reaksi ahli-ahli Umno jika gambar presiden mereka dikoyak seperti itu,” tambahnya dalam satu sidang akhbar di ibupejabat Gerakan pagi ini.

Semalam, Ahmad meneruskan perang mulutnya terhadap Dr Koh dengan menuduh pemimpin Gerakan itu memainkan isu tersebut.

Ahmad juga mendesak supaya Barisan Nasional (BN) menyingkirkan Gerakan daripada BN.

Ahmad turut memberi amaran kepada masyarakat Cina supaya jangan memainkan isu-isu mengenai orang Melayu.

Dalam reaksinya malam tadi, Abdullah mengecam tindak tanduk Ahmad dan akan bersemuka dengan ketua Umno Bukit Bendera itu hari ini.





49 Ahli Parlimen BN sebenarnya ke Las Vegas?

9 09 2008

Berita ini belum disahkan. Tetapi inilah yang diperolehi daripada sumber yang boleh dipercayai.

Menurut sumber tersebut, 49 Ahli Parlimen BNBBC akan transit di Taiwan sebelum memulakan perjalanan mereka ke Las Vegas, Amerika Syarikat.

Anda semua tahu apa yang terkenal di Las Vegas.

Jika ini benar, satu lagi percubaan untuk menipu rakyat Malaysia.

Lagipun, tidak ada apa sangat yang boleh dipelajari di Taiwan. Taiwan juga tidak mungkin akan menarik minat 49 orang Ahli Parlimen untuk meninggalkan negara.

Las Vegas lebih  menarik…. Terutamanya bagi ahli-ahli parlimen lelaki….. Entahlah……





Minyak disimbah kedalam api… Umno semarakkan kebencian kaum…

8 09 2008

Foto-foto dari Malaysiakini

Setiap kali Umno kalah, isu ketuanan Melayu akan dimainkan. Selepas keputusan pilihanraya 8 Mac diumumkan, Umno Pulau Pinang pernah mencuba. Mamak-mamak dikumpulkan berdemonstrasi dihadapan bangunan Komtar untuk “kononnya” mempertahankan hak-hak orang Melayu.

Akan tetapi pada ketika itu Umno Pulau Pinang dan mamak-mamak yang berdemonstrasi tidak mendapat sokongan.

Selepas itu pelbagai isu perkauman cuba dimainkan oleh Umno dinegeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat. Akan tetapi tidak disambut oleh rakyat terutamanya oleh orang-orang Melayu.

Orang-orang Melayu kini bukan lagi bodoh seperti Umno, maka berteriaklah Umno bersendirian melaung-laungkan sentimen perkauman.

Hari ini sekali lagi Umno Pulau Pinang mencuba.

Ahmad Ismail Ketua Bahagian Umno Bukit Bendera  dan Umno Pulau Pinang sekali lagi menyimbah api untuk menyemarakkan lagi kebencian kaum di Malaysia. Beliau turut mendakwa bahawa sidang akhbar yang dibuat oleh beliau dan Umno Pulau Pinang disokong oleh bapa mertua Khairy Jamaluddin.

Lihat berita dari Malaysiakini dibawah:

Don’t be like American Jews, Chinese told
Sep 8, 08 8:52pm


Penang Umno leader Ahmad Ismail, the man at the centre of the ‘racial slur’ controversy, warned Chinese Malaysians not to mimic American Jews who not only seek to control the country’s economy but also its political power.


In an explosive 50-minute press conference, Ahmad who claimed time and again that he was not a racist, vowed that he would not apologise for his remarks which sparked the controversy.

“While it is not difficult to say sorry - for the sake of my Malay dignity, I resolve not to apologise no matter what others may say. I am willing to take the risk (for not doing so),” he said in a 14-page statement.

The press conference, which was held at the Penang Umno headquarters this afternoon, ended with shouts of ‘Hidup Melayu’ from about 50 local party leaders who were there.

Soon after the event, former Penang Umno committee member Zainol Abidin Hashim, with the help from his colleagues pulled down the photo of Gerakan acting president Dr Koh Tsu Koon which adorned one of the walls in the party headquarters.

Koh’s picture frame, which sat next to the photos of the Penang governor and his wife, was subsequently smashed.

As the glass broke into pieces, Zainol removed Koh’s photo from the frame and tore it into half.

Koh, who is former Penang chief minister, has been trading barbs with Ahmad, the Bukit Bendera Umno division chief, over the issue.

Ahmad: Take this as a warning

Earlier, Ahmad told the minority Chinese not to go overboard in hurting the feelings of the Malays and Muslims.

“I want them to know, I want them to take this as a warning from the Malays. Malays and Muslims have been provoked many times. We have been patient because we want to maintain stability in the country,” he said.

“Remember! The patience of Malays and Muslims has its limits. Do not push us to the wall, where we will be forced to reject the Chinese for the sake of our survival.

“If what I say sounds too strong for BN, take this as a warning from the Malays and Muslims as this has nothing to do with Umno. Do not pressure Umno leaders until they are caught in a dilemma.”

He then sounded a dire warning to Koh and Gerakan.

“I want Koh Tsu Koon and Gerakan to take responsibility for whatever untoward incidents that could happen in this country of ours.”

Ahmad also called upon BN leaders to “kick Gerakan out” from the ruling coalition.

‘PM asked me to hold this PC’

The Bukit Bendera Umno chief said that he was asked by Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi to hold “another press conference”.

Ahmad previously held a press conference last Friday in which he reiterated that he would not apologise for his remarks.

Abdullah, who had earlier told the powerful local Umno leader to do so, was silent on the issue the next day when he met with Penang Umno leaders, including Ahmad.

Ahmad, who was backed by all 13 Umno divisions in Penang - Abdullah’s home state - thanked the prime minister for his “understanding”.

The controversy erupted after Ahmad had allegedly said that the “Chinese were immigrants squatting in this country” at a ceramah during the recent Permatang Pauh by-election campaign.

The speech caused Ahmad to come under heavy fire from Chinese-based political parties, particularly from Umno’s allies MCA and Gerakan over the past two weeks. A spate of police reports were also lodged against the Umno division leader.

Ahmad nevertheless argued that his remark was taken out of context by Chinese-language Sin Chew Daily as he was referring to historical events.

At the press conference, Ahmad also urged the different states to hold a gathering of the whole ummah (Muslim community).

“Let us not let it go to waste as the flames of anger among Malays and Muslims has reached new heights. Let us take embrace this anger and come together as Malays and Muslims throughout the land so that we can turn the voices of the Malays into one that will unite all Malays and Muslims into one single movement.”

Koh Tsu Koon dan Gerakan dijadikan “punching bag” oleh Umno Pulau Pinang. Siapa Koh Tsu Koon? Teman mereka juga.

Apa tujuan semua ini? Untuk membangkitkan kemarahan kaum diantara etnik-etnik di Malaysia.

Apakah anda juga bodoh seperti Umno untuk terpengaruh dengan perangkap ini? Fikirkanlah. Jangan biarkan  diri anda masuk kedalam lubang Biawak buat kali kedua.





Dr. Mahathir sertai Umno, sokong Ku Li jadi Presiden Umno

8 09 2008

Semalam ada sumber memberitahu bahawa Dr. Mahathir dan yang Dipertuan Agong berbuka puasa di rumah Tengku Razaleigh.

Hari ni beberapa penulis blog mengesahkan khabar angin tentang khabar angin Dr. Mahathir akan menyertai semula Umno bagi menyokong Tengku Razaleigh untuk merebut jawatan Presiden Umno pada bulan Disember ini dari Abdullah Badawi.

Diantara blog yang mengesahkan berita tersebut ialah disini dan disini.

Kemasukkan semula Dr. Mahathir untuk menyokong Ku Li sebagai Presiden Umno sudah pasti akan memberikan tamparan hebat kepada Abdullah Badawi dan menantunya.

Najib Razak dan Rosmah Mansor juga pasti akan termanggu kecewa.

Diberitakan bahawa Muhyiddin Yassin adalah orang dibelakang gerakan ini. Umno Johor dan Umno Kelantan akan memberikan sokongan kuat untuk pencalonan Ku Li sebagai Presiden Umno.

Kemasukkan Mahathir kedalam Umno selain daripada untuk menabalkan Ku Li sebagai Presiden Umno adalah untuk menghalang Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia yang keenam.

Persoalannya sekarang, mampukah gandingan Mahathir - Ku Li merobohkan benteng yang sedang dibina oleh Pak Lah -Menantu dan Najib - Rosmah untuk meneruskan kekuasaan mereka?

Begaimana pula jika Anwar dan Pakatan Rakyat berjaya mengambil alih negara?





Pilihanraya kecil di Pensiangan, Sabah

8 09 2008

Hari ini Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu mengisytiharkan kemenangan Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah Tan Seri Joseph Kurup bagi kerusi Parlimen Pensiangan pada pilihanraya umum 8 Mac lalu, batal dan tidak sah.

Diatas sebab itu, pilihanraya kecil akan diadakan di kerusi parlimen tersebut akan diadakan dalam jangkamasa terdekat.

Klik disini untuk berita dari Malaysiakini.





Ahmad tidak akan memohon maaf : Percubaan untuk mengapikan sentimen perkauman?

4 09 2008

Apakah ini senjata terakhir Umno untuk menghalang pertukaran kerajaan pada 16 September?

Lihat berita dari Malaysiakini dibawah:

Ahmad: Saya tak akan mohon maaf

Athi Veeranggan | Sep 4, 08 6:41pm

Ketua Umno bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail memberitahu Malaysiakini bahawa beliau tidak akan memohon maaf walaupun Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah berbuat demikian.

Sebaliknya, kata Ahmad, beliau tidak melakukan sebarang kesalahan.

Ini merupakan reaksi pertamanya sejak tercetusnya kontroversi itu minggu lalu, ekoran ceramahnya sewaktu pilihanraya kecil parlimen Permatang Pauh yang didakwa telah menyinggung perasaan masyarakat Cina negara ini.

Beliau didakwa berkata orang Cina adalah pendatang dan tidak layak mendapat hak sama seperti Melayu.

Sehubungan itu, Gerakan, MCA dan DAP telah mendesak Ahmad supaya menarik balik kenyataannya dan memohon maaf.  Pemuda DAP (Dapsy) juga membuat laporan polis terhadap Ahmad.

Menurut Ahmad, beliau tidak berkata atau melakukan sebarang kesalahan, dan oleh itu, tiada sebab baginya untuk memohon maaf.

Katanya, beliau akan mengadakan sidang akhbar khas di bangunan Umno Pulau Pinang Sabtu ini berhubung isu tersebut.

Sidang akhbar itu akan diadakan selepas mesyuarat badan perhubungan Umno negeri yang akan dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Sambil menafikan bahawa kenyataannya itu berbaur perkauman, Ahmad berkata, beliau berkawan dengan orang Cina dan India sejak kecil lagi.

Sehubungan itu, katanya, beliau tidak pernah dan tidak akan menjadi seorang yang bersifat perkauman.

Ahmad turut mengecam laporan media yang menuduh beliau mengelak daripada bertemu dengan wartawan dan jurugambar yang menunggunya di luar balai polis Seberang Perai Pusat di Bandar Baru Perda sejak dua hari lalu.

“Saya tidak minta mereka tunggu. Jadi mengapa mereka tuduh saya lari dari mereka?” soalnya.

Ahmad telah memberi kenyataan di balai polis negeri di Georgetown malam tadi, ekoran beberapa laporan yang telah dibuat terhadapnya.

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 4 (1)(B) Akta Hasutan 1948 yang membawa hukuman denda tidak lebih RM5,000 dan penjara minimum tiga tahun, atau kedua-duanya sekali. Berita asal

Sementara itu saya baru menerima sms yang berbunyi:

BN Back Bencher  Club telah mendapat kelulusan mengadakan retreat di luar negara mulai 7 September hingga 19 September 2008. Penyertaan ahli-ahli YB adalah diwajibkan. Sila fax muka hadapan passpot antarabangsa ke pejabat BNBBC di 03-2070-7101 selewat-lewatnya petang ini. Kerjasama YB amat dihargai. Sebarang pertanyaan sila hubungi Pengerusi/Timbalan Pengerusi BNBBC di 019-932-0932.

Benar ke sampai begini jadinya? Takut juga BN ye……