Solidariti untuk Sheih Kickdefella

18 09 2008

Updates 2

Baru sahaja menelefon isteri Sheih, Bariah Ishak.

Mahkamah Kota Baru memberi kebenaran kepada polis untuk mereman blogger tersebut selama satu hari lagi.

Akan tetapi beliau baru menerima sms dari suaminya yang mengatakan bahawa blogger itu sedang dibawa ke Kuala Lumpur oleh polis.  Sheih sms kepada isterinya ketika mereka berada di Ketereh.

Program malam ini tetap diteruskan di hadapan pejabat Jenayah Komersil, Bukit Aman jam 8.30 malam.

Updates

Menurut seorang teman di Kota Bharu, Sheih bermalam di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu (IPDKB) semalam.

Berlaku perselisihan diantara Polis Bukit Aman dan Polis Negeri Kelantan. Semalam, Timbalan Ketua Polis Kelantan menyatakan bahawa Polis Kelantan tidak tahu menahu mengenai penahanan Syed Azidi. Manakala Timbalan Ketua Polis Negara pula mengesahkan penahanan blogger tersebut.

Pagi ini Polis seharusnya mendapat mendapatkan perintah reman di mahkamah Kota Bharu.  Kebiasaanya, pesalah akan dibawa ke mahkamah oleh polis untuk mendapatkan perintah tahanan reman bagi kerja-kerja soal siasat dijalankan.

Akan tetapi sehingga jam 12 pm, Sheih belum lagi di bawa ke mahkamah. Tempoh maxima tahanan tanpa reman tamat jam 5 petang ini. Ini satu perkara yang luar dr kebiasaan dan “mungkin” pihak polis menghadapi masalah utk mendapatkan perintah reman tersebut.

Kita tunggu dan lihat…..

Laporan terkini akan menyusul….

Posting Asal

Sebagai satu tindakan protes diatas penahanan Syed Azidi Syed Aziz @ Kickdefella, satu perhimpunan “membakar lilin” akan dianjurkan di hadapan Pejabat Jenayah Komersil, Bukit Aman pada pukul 8.30 malam ini (18 September 2008).

Perhimpunan ini adalah perhimpunan aman. Ia hanyalah bertujuan untuk menyatakan sokongan kepada blogger Kickdefella dan membantah tindakan kerajaan Malaysia menggunakan Akta hasutan sebagai satu cara untuk membungkam kebebasan bersuara.

Program ini adalah anjuran teman-teman Kickdefella yang tidak bersetuju dengan penahanan ini.

Sila hadir beramai-ramai untuk menyatakan sokongan. Bawa lilin banyak-banyak…..






Selamat Jalan buat “Lan Kuchalana”

18 07 2008

Hari Rabu yang lalu, jam 10 pagi, aku terima sms dari seorang teman yang memberitahu bahawa seorang sahabat, pemain bass kumpulan Kuchalana berada di Hospital Kuala Lumpur (HKL) keadaan koma kerana dipukul oleh sekumpulan orang yang tidak bertanggungjawab. Terkejut rasanya bila mendengar berita tersebut.

Kuchalana adalah sebuah kumpulan muzik yang berkonsepkan “Raggae Punk”. Aku mula mengenali mereka pada tahun 2001 semasa terlibat menganjurkan demonstrasi Anti Perang di KLCC. Pada ketika itu, kami membantah tindakan Amerika Syarikat menyerang Afghanistan. Aku tak pasti sama ada Kuchalana sudah ditubuhkan atau tidak pada ketika itu, tetapi aku berjumpa dengan ahli-ahli kumpulan tersebut ketika demonstrasi menentang penjajahan Amerika Syarikat terhadap Afghanistan.

Lan atau dalam loghat Terengganunya dipanggil “Lang” adalah diantara yang tidak kedekut untuk memberikan senyuman. Aku rasa senang berbual-bual dengan Lan. Dia seorang yang baik hati dan peramah. Kali terakhir aku berjumpa Lan ialah tahun lalu selepas pulang dari Korea Selatan di rumah Nazri, seorang teman yang sering membantu aku untuk print t-shirt-tshirt cool.

Berbalik kepada cerita tentang Lan tadi. Selepas menerima sms mengenai keadaan Lan. Aku dan dua orang teman terus bergegas ke HKL untuk melawat Lan. Hujan pada ketika itu begitu lebat seakan-akan menangisi kecelakaan yang menimpa Lan.

Di HKL, bertemu dengan Joe Kidd, Hakim, Zemang, Yus dan beberapa orang teman baik Lan yang sudah berada di HKL seawal jam lima pagi. Mereka menceritakan tentang kejadian yang menimpa Lan. Kami diberitahu Lan telah dipukul oleh sekumpulan orang. Selepas dipukul dia dicampakkan dihadapan Hospital Tawakal. Hospital Tawakal yang hanya mementingkan duit dan bukannya nyawa manusia tidak menerima Lan oleh kerana wang deposit tidak mampu dibayar (Inilah kesan dasar penswastaan).

Lan akhirnya dihantar ke HKL dan terus dimasukkan ke wad ICU. Ketika sampai di hospital, doktor mendapati lehernya patah, otak kanan sudah mati, paru-paru tidak berfungsi dan tulang mukanya patah. Cuma jantungnya sahaja yang masih berdegup dan beliau koma.

Mendengar cerita tersebut, tak sanggup rasanya untuk aku masuk melihat Lan. Apalah dosanya sehingga diperlakukan sebegitu rupa. Patutlah alam juga turut bersedih.

Kami dikhabarkan bahawa keluarga Lan sedang dalam perjalanan dari Terengganu ke Kuala Lumpur untuk melawat Lan.

Aku dan dua orang teman meningglkan HKL lebih kurang 45 minit selepas itu.

Pada pukul 1.30 petang sewaktu bersama-sama rakyat berkumpul di IPKKL, kami menerima berita Lan telahpun menghembuskan nafasnya yang terakhir. Sedih rasanya apabila mendengar berita tersebut. Hilang lagi seorang manusia yang baik dimuka bumi ini. Tuhan lebih menyayanginya.

Takziah diucapkan kepada keluarga Lan dan teman-teman baiknya yang sudah pastinya tidak dapat menerima hakikat tentang nasib yang menimpa Lan.

Akan tetapi, bersabarlah, walaupun tuhan memanggilnya dengan begitu cepat, pasti ada rahmat disebalik kejadian ini.

Yang menyebakkan hati lagi ialah, sebelum meninggal dunia, Lan terseksa dan menderita keseorangan dipukul oleh orang-orang yang tidak bertanggungjawab. Tidak dapat bayangkan bagaimana perasaan Lan pada ketika itu.

Al- Fathihah buat Lan. Selamat Jalan. Semoga roh Lan akan aman disana bersama-sama pencipta yang maha kuasa.

Berkaitan:

1) Blog Kuchalana

2) Ricecooker





Kerana artikel ini, Raja Petra dipenjara…

6 05 2008

Mari Humbankan Pembunuh Altantuya Ke Neraka Jahanam Oleh :Raja Petra Kamarudin

Hari ini kita tidak akan bercakap mengenai politik. Tidak juga mengenai kaum ataupun agama. Hari ini kita akan bercakap mengenai manusiawi. Hari ini marilah kita berbincang bagaimana melancarkan satu kempen “Keadilan untuk Altantuya: kembalikan dignity (martabat) Malaysia.” Marilah kita humban mereka yang membunuh Altantuya ke neraka jahanam.

Malam kelmarin saya telah pergi makan malam bersama segelintir kawan-kawan. Dalam perjalanan ke restoran itu seorang kawan baik, Din Merican, telah menelefon saya memberi maklumat mengenai sidang akhbar Dr. Setev Shaaribuu yang telah diadakan pada siang hari itu. Saya dengar sahaja dengan khusyuk apa yang diceritakan oleh Din dan tidak dapat menahan perasaan untuk memotong cakapnya dengan berkata: “ Aku adalah ayah kepada dua orang anak perempuan, Aku boleh bayangkan apa yang dirasakan oleh Shaaribuu. Celaka betul bedebah itu!”

“Aku pun ada tiga orang anak perempuan,” jawab Din. “Mereka itu adalah binatang, tidak berguna. Hancurkan mereka! Hancurkan mereka!” Inilah yang saya katakan, keadaan yang tidak terkata – dan apabila anda perlu berkata sesuatu memang tidak ada perkataan yang sesuai dapat menggambarkan perasaan diri. Apa rasanya kalau sumpah seranah hanya merupakan perkataan yang boleh digunakan untuk menentang dan membuatkan diri merasa sudah mampu menyatakan kemarahan dan kebencian dalam keadaan yang paling wajar.

Baca baki entri ini »





Al Fatihah buat Salman

4 03 2008

Md. Salman Nasaruddin jurugambar kepada Anwar Ibrahim meninggal dunia petang tadi. Arwah adalah seorang yang peramah dan baik hati. Walaupun saya baru sahaja mengenali beliau setahun dua ini, sifat peramahnya menyebabkan saya terasa dekat dengannya.

Marilah kita bersama-sama sedekahkan Al-Fathihah buat arwah Salman. Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman. Sila klik disini untuk berita berkaitan.