Melayu pilih Pakatan Rakyat

17 01 2009

Majoriti orang-orang Melayu di Kuala Terengganu memilih Pakatan Rakyat.

Dakyah pembangunan BN sudah tidak lagi diterima.

Politik perkauman ditolak.

Signal jelas dihantar ke Putrajaya, BN ditolak.

Calon Pakatan berjaya memenangi pilihanraya kecil KT dengan majoriti 2631.

Apa kata anda?





P 36 makin panas

13 01 2009

Semakin ramai manusia kelihatan di Kuala Terengganu untuk memeriahkan lagi pilihanraya kecil yang akan berlangsung tak lama lagi.

Hotel-hotel telah penuh dan kebanyakkan rumah-rumah penduduk disewa oleh penyokong-penyokong dan jentera dari kedua-dua belah parti politik.

Jangan terkejut jika ada rumah yang disewakan semahal RM 2,500 sehari.

Menjelang hari mengundi pada 17 ini, dijangkakan akan lebih ramai orang yang akan ke Kuala Terengganu termasuklah pengundi-pengundi yang bekerja di luar Kuala Terengganu.

Pilihanraya kecil ini akan memberikan impak kepada Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat. Apa sahaja keputusannya akan memberikan kesan yang mendalam bagi politik Malaysia.

Siapakah yang akan menjadi pilihan rakyat Kuala Terengganu?
Barisan Nasional?
Pakatan Rakyat?

atau

Calon Bebas?





Selamat Menyambut Aidiladha

7 12 2008

Dalam menyambut Hari Raya Korban esok hari, jangan kita lupakan mangsa tanah runtuh di Bukit Antarabangsa.

Mari kita hulurkan bantuan kepada mereka. Semoga mereka akan tabah menghadapi dugaan dan cabaran yang sedang menimpa.

Salam Aidiladha kepada semua.

Amin Iskandar.





MENGELABAH, BERZAKAR DAN BERZAKAR -LAH – Hishamuddin Rais

28 07 2008

Hari ini telah terbukti semakin ramai rakyat menolak konsep Ketuanan Melayu tetapi tunggul-tunggulnya masih ada. Pelik tetapi benar tunggul-tunggul baru Ketuanan Melayu telah muncul kebelakangan ini. Kali ini bukan datang dari batang tubuh gerombolan United Malays National Organisation - tetapi dari gerombolan kecil – satu kumpulan yang selalu bertempik-tempik mengajukan dasar agama yang tidak memandang kaum, bangsa dan ras. Sewajibnya agama tidak betuankan Melayu tetap bertuankan Tuhan. Inilah yang menjadi pelik tetapi benar.

Gerombolan kecil yang selalu bertempik-tempik di atas dasar agama ini telah berkhutubah ke hulu ke hilir mengatakan agama yang mereka anuti adalah sejagat. Tup tup – apabila dicakar kulitnya maka keluarlah agama barunya yang bernama Ketuanan Melayu. Maka keluarlah retorik ajaran agama ini – untuk perpaduan bangsa dan khutubah-khutubah untuk menjaga keMelayuan dari terhakis. Inilah menjadi lebih pelik dan hampir tidak dipercayai kerana yang yang mejadi juru dongengnya ialah seorang yang amat keras pegangan agamanya.Sehinggakan sanggup pasa satu ketika dahulu ‘mengkafirunkan’ sesiapa sahaja yang tidak berpayung di bawah ketiaknya. Pelik tetapi benar.

Baca baki entri ini »





27 NGO bantah guna tentera kawal perhimpunan

5 07 2008

Abdul Rahim Sabri | Jul 4, 08 12:59pm (Dari Malaysiakini)

Sebanyak 27 badan bukan kerajaan (NGO) hari ini menyuarakan bantahan mereka terhadap rancangan kerajaan untuk mengerahkan anggota tentera membantu polis mengawal ketenteraman awam sewaktu perhimpunan awam diadakan – sama ada yang dijadualkan Ahad ini atau yang akan datang.

Dalam satu kenyataan bersama, mereka menyifatkan cadangan tersebut akan memberi gambaran yang salah kepada rakyat Malaysia dan dunia amnya, seolah-olah negara dalam keadaan krisis atau berdepan dengan perpecahan.

Malah, tegas mereka, perhimpunan-perhimpunan yang diadakan sebelum ini berjalan secara aman tanpa perlu kehadiran anggota tentera.

Menurut mereka lagi, ia juga menunjukkan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi baru-baru ini bahawa keadaan keselamatan di negara ini adalah terkawal, tidak begitu meyakinkan.

Baca baki entri ini »





FILEM : SODO MEE PART TWO- Hishamuddin Rais

30 06 2008

Alamak gua dengar filem Sodo Me  karya Brad Pittail  akan di buat lagi.  Sodo Mee  Part 2 ini akan dibuat dengan lebih gempaq.  Gua dengar dengan  sahih  si pengarah   Brad Pittail sudah mulakan penggambaran. Iklan-iklan  telah bocor di akhbar-akhbar.  Pelakon utama telah ditemui.

Dengar-dengar nya    filem  Part Two ini amat gah TETAPI  lokasinya masih belum di tentukan. Inilah standard filem Melayu. Leceh.  Kata  nak buat filem gempaq. Lokasi pun belum jumpa. Bila di tanya Brad Pittail di mana lokasi  tempat Sodo Mee terjadi , dia berkata:  lokasinya  berlaku di dalam kondo di Jalan Pantai , di kondo di Jalan Bangsar dan di kondo   Damansara dan terus ke kondo  Segambut.  In best punya Sodo Mee beb. Makan tak habis.

Baca baki entri ini »





SAMBUTAN HARI PEKERJA 2008

30 04 2008

MEI 1,

HARI PEKERJA SEDUNIA.
JOM MERAYAKANNYA!

Tarikh: 1 Mei 2008 (Khamis)

Masa : 9.30 pagi

Tempat:
Berkumpul di Dataran Merdeka Perarakan ke SMJK Confucion dan Program Bersama Wakil Rakyat & ADUN

PROGRAM:

9.30 pagi : Rakyat Berkumpul di Dataran Merdeka

10.00 pagi : Berarak ke SMJK Confucian , KL( berhampiran Stadium Merdeka)

11.00 pagi : Program Rakyat bersama Ahli Parlimen dan ADUN Pakatan Rakyat

* Ucapan wakil-wakil pekerja, peneroka Bandar, anak muda , orang asal, Gabungan Mansuhkan ISA dan ramai lagi
* Penyerahan tuntutan kepada Ahli Parlimen dan ADUN pakatan rakyat
* Ucapan wakil Ahli PArlimen dan ADUN
* Persembahan rakyat

1tengahari : TAMAT

Peta ke Dewan Confucian:

http://www.confucian.edu.my/main/images/map/map_b.htm
Untuk maklumat lanjut, Hubungi: 03-77843525 @ jerit2002@gmail.com

Deklarasi MAYDAY 2008 untuk semua!!! Download di sini.
Bersama kita mengimbas sejarah Hari Pekerja… klik di bawah

http://1mayworkersday.blogspot.com





Laporan Langsung dari Taiwan: Ma Ying Jeou Presiden Baru Taiwan

22 03 2008

Keputusan rasmi Pilihanraya Presiden 2008 telah diumumkan. Ma Ying Jeou dari Parti Kuomintang (KMT) terpilih menjadi presiden baru Taiwan menewaskan calon dari Parti Demokratik Progressif (DPP), Frank Hsieh.

Ma, sebelah kiri bersama Timbalan Presiden Taiwan

Ma mendapat 58.45 peratus undi berbanding dengan Frank yang hanya mendapat 42.55 peratus undi.

Kedua-dua pungutan suara yang ditawarkan oleh KMT dan DPP gagal apabila peratusan pengundi yang mengambil bahagian berada dibawah 50 peratus.

Syarat untuk pungutan suara dikira ialah pengundi yang mengambil bahagian mestilah mencapai lebih daripada 50 peratus.

Pegundi menunggu giliran untuk mengundi

Pilihanraya berlangsung dengan aman dan lancar. Sebelum pusat mengundi dibuka pada pukul lapan pagi, sudah ramai yang beratur untuk menunaikan tanggungjawab mereka bagi memilih Presiden baru.

Tiga kotak undi, satu untuk undi presiden, dua lagi untuk pengutan suara

Sistem pengiraan undi di Taiwan memang cepat dan pantas. Sejurus selepas pusat mengundi ditutup pada pukul empat petang, pengiraan terus dimulakan. Pemantau, agen parti dan orang awam dibenarkan untuk menyaksikan proses itu. Menjelang pukul 5 petang, pengiraan Berjaya disiapkan tanpa ada sebarang bantahan.

Pengiraan undi selesai menjelang pukul 5 petang

Pukul 6 petang keputusan rasmi Pilihanraya Presiden Taiwan 2008 telah diumumkan ke seluruh negara.

Mercun dibakar merayakan kemenangan Ma Ying Jeou

Penulis kini berada di Taiwan sebagai seorang pemantau pilihanraya antarabangsa dari Asian Network for Free Election (ANFREL) bagi menyaksikan perjalanan Pilihanraya Presiden Taiwan 2008.





BerhentiLAH

9 09 2007



Gambar ini diambil dari Malaysia Today. Sama ada Pak Lah tertidur atau memejamkan matanya seketika sementara menunggu jurukamera  siap sedia.

George Bush kelihatan menjenguk ke belakang. Apa yang dilihatkannya? Lihat Pak Lah atau  lihat benda lain?





Blackinkorea

7 07 2007

Blog ini masih hidup. Blackinkorea akan terus hidup walaupun Black sudah tiada di Korea. Terima kasih kepada Sheih diatas poster yang dibuat.