Hari ini sekali lagi kita dapat saksikan bagaimana polis membuat sekatan jalanraya di seluruh negara untuk menghalang rakyat ke Parlimen.

Gambar dari Malaysiakini

Polis telah mendapat perintah mahkamah untuk menghalang Anwar Ibrahim berada 5 km daripada kawasan parlimen (ye ke Malaysia negara merdeka?)

Bagi yang keluar awal tetapi masih lagi terlewat ke pejabat sudah tentu akan menyumpah seranah.

Sumpahan itu boleh jadi dilemparkan kepada “pendemo”, Nazri Aziz ataupun pihak polis.

Mungkin ramai yang bertanya, dengan kehebatan polis yang mampu membuat sekatan jalanraya diseluruh negara, mengapa sehingga hari ini, pembunuh Nurin Jazlin Jazimin tidak dapat ditangkap dan adik Sharlinie masih belum ditemui.

Jawapannya mudah, semenjak dari awal penubuhannya, PDRM hanyalah alat kepada kekuasaan. Ketika Tunku Abdul Rahman kuat, mereka bersama Tunku.

Apabila Tunku lemah, mereka bekerjasama dengan Tun Razak untuk menjatuhkan Tunku. Hari ini Pak Lah lemah. PDRM sebenarnya telah lama memihak kepada Najib.

Tindakan yang dilakukan pada hari ini ialah untuk memberikan kemenangan kepada Najib. Mungkin Pak Lah tidak sempat menyerahkan kuasa kepada Najib pada 2010.

Sebaliknya kuasa itu akan dirampas oleh Najib sebelum akhir tahun ini dengan kerjasama PDRM.

Semenjak berlakunya “Tsunami 8 Mac”, keadaan politik di Malaysia menjadi semakin menarik.

Kalau dahulu sidang Dewan Rakyat tidak begitu menarik oleh kerana tidak banyak ahli parlimen pembangkang, kini menjadi medan tempur bagi BN dan Pakatan Rakyat.

Tambahan lagi, lima negeri telah berjaya dikuasai oleh Pakatan Rakyat.Selangor yang selama ini menjadi diantara sumber dana utama kepada Umno juga sudah terlepas kepada Pakatan.

Sebab itu, jika anda menonton Buletin Utama di TV3,anda pasti akan lihat bagaimana anjing-anjing kepada BN ini akan cuba sedaya upaya menyerang kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor.

Minggu lalu, Dr. Wan Azizah bersama-sama dengan beberapa ahli parlimen Pakatan Rakyat menghantar notis kepada speaker Dewan Rakyat untuk memanggil usul undi tidak percaya kepada kepimpinan Abdullah Badawi.

Maka gemparlah pemerintah Barisan Nasional. Kekuasaan yang telah dipegang selama 50 tahun tidak mungkin akan mereka lepaskan semudah dengan usul “Undi Tidak Percaya”.

Nazri Aziz yang gelabah mengumumkan bahawa esok, rakyat tidak dibenarkan untuk menyaksikan sidang Dewan Rakyat di parlimen.

Semua ahli parlimen juga telah diarahkan agar tidak membawa penyokong mereka.Mengapa ini terjadi?

Mengapa rakyat yang menjadi “Tuan” kepada parlimen tidak dibenarkan untuk menyaksikan sidang dewan rakyat?

Mengapakah tentera dan polis telah berkawal di parlimen semenjak semalam?

Read the rest of this entry »

Naib Presiden PAS, Husam Musa meminta semua pihak agar tidak menyalahkan kumpulan Carburetor Dung dalam insiden yang berlaku pada Perhimpunan PROTES Sejuta Rakyat TURUN pada 6 Julai yang lalu.

Read the rest of this entry »

Tulisan saya semalam yang bertajuk PROTES 6.7.08, pengalaman penulis telah mencapai tangga ke 36 dalam senarai posting popular di WordPress.com.

92 peratus daripada pembaca Malaysiakini yang menyertai tinjauan pendapat yang diadakan oleh laman web berkenaan percaya bahawa Bala bercakap benar dalam pengakuan bersumpahnya yang pertama.

Sementara itu, 82 peratus percaya Saiful Bukhari yang mendakwa dirinya diliwat Anwar berpakat dengan Timbalan Perdana Menteri, Najib Tun Razak.

Klik disini untuk membaca berita seterusnya.

Nampaknya pembaca Malaysiakini majoritinya percaya bahawa Najib dan Altantuya mempunyai “hubungan” intim dengan warga Mongolia tersebut.

Apa lagi yang Najib hendak jawab? Apa pun yang dikatakannya,persepsi rakyat tidak berubah.

Heboh satu negara diatas insiden yang berlaku semasa perhimpunan Protes Sejuta RAKYAT Turun. Ramai yang menelefon, mengemail dan sms saya tentang insiden tersebut. Ada yang bersimpati, ada yang marah dan ada yang memberikan pandangan mereka.

Kepada semua, saya mengucapkan terima kasih. Dalam posting kali ini, saya akan menjelaskan tentang insiden yang berlaku pada Protes Sejuta RAKYAT Turun dari pandangan dan kacamata saya selaku salah seorang penganjur.

Sebelum membicarakan tentang insiden tersebut, saya ingin menceritakan juga tentang apa yang berlaku sebelum perhimpunan tersebut berlangsung.

Umum telah mengetahui, jawatankuasa PROTES pada awalnya berniat untuk menganjurkan protes harga minyak pada 12 Julai 2008 di KLCC. Tetapi diatas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan, tarikh dan tempat terpaksa ditukar dan akhirnya perhimpunan tersebut diadakan di Stadium MBPJ Kelana Jaya pada 6 Julai 2008.

Read the rest of this entry »

Allo bro. Kasian gua tengok lu dan kawan -kawan dok seattle ‘amokan’ pendemo sejati yang mungkin datang dari jauh Kelantan, Perak atau Terengganu. …yang lu orang bikin ‘orang marah’ bawak bebudak ‘ponggong’ tu apahal bro. Gua bukan nak marah kat Alak &the gang tu…gua pon ‘ahlal muzik’ jugak.

Tapi itu jam tak kena la bro…..Takkan lu tak tahu, yang datang tu semua dari jauh, letih, makan kemana, tido kemana…’kawan’ lu tunjok ponggong panas terbako la depa bro. Gua tak sokong mana-mana pasal parti-parti ni. Parti ‘befdey’ gua suka la…sebab boleh makan kek. Tapi gua datang pada hari tu (protes sejuta rakyat- gua lebih suka sebut ‘ protes sejuta wajah’ sebab gua boleh terus ingat Ramli Sarip)..gua datang sebab nak joint dan ramaikan pendemo.Tapi hampa…kalau dah macam acara funfair, tak tentu kalu program dia…apahal gua nak tunggu…cabooot!
 
Gua beri markah 28 % bro…failed.
 
Gua tulis ni kat lu sebab gua tengok lu and the gang ada kat situ, lagi pon gua suka kat laman blog lu ni….tu yang gua ikut sampai stadium tu….kalau tak gua rehat kat rumah je bro lagi aman, makmur dan sejahtera. Apahal pon gua akan tengok apa perkembangan PR…kalau ok gua ikut, tarak kalu…bye bye. baik gua tido…tido adalah perjuangan untuk badan yang letih, badan memerlukan tido untuk bekerja keesokan harinya….
 
Raduan Norudin
“Berani Kerana Benar”

Jika Anwar di dapati bersalah oleh mahkamah  rakyat tidak akan percaya. Apabila Najib dikatakan  tidak terlibat  dalam pembunuhan Altantuya orang ramai pun tidak percaya.

Percaya atau tidak percaya? Betul atau tidak betul? Najib betul ke atau  Anwar yang  betul? Raja Petra betul ke? Balasubramaniam betul ke?

Semua persoalan-persoalan ini sedang  berada dalam fikiran semua warga negara ini sekarang. Anak semua bangsa, warga semua derjat sedang bertanya-bertanya  dan berfikir kuat.  Apa yang berlaku pada akhir bulan Jun ke  awal Julai 2008 ini  telah membawa kita semua  kembali 10 tahun ke belakang – kembali ke September 1998. Mungkin ramai generasi muda tidak mengetahui apa yang sebenarnya telah berlaku 10 tahun dahulu. Mungkin ada juga generasi yang bukan muda tetapi telah kabur-kabur ingatan.

Read the rest of this entry »

Abdul Rahim Sabri | Jul 4, 08 12:59pm (Dari Malaysiakini)

Sebanyak 27 badan bukan kerajaan (NGO) hari ini menyuarakan bantahan mereka terhadap rancangan kerajaan untuk mengerahkan anggota tentera membantu polis mengawal ketenteraman awam sewaktu perhimpunan awam diadakan - sama ada yang dijadualkan Ahad ini atau yang akan datang.

Dalam satu kenyataan bersama, mereka menyifatkan cadangan tersebut akan memberi gambaran yang salah kepada rakyat Malaysia dan dunia amnya, seolah-olah negara dalam keadaan krisis atau berdepan dengan perpecahan.

Malah, tegas mereka, perhimpunan-perhimpunan yang diadakan sebelum ini berjalan secara aman tanpa perlu kehadiran anggota tentera.

Menurut mereka lagi, ia juga menunjukkan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi baru-baru ini bahawa keadaan keselamatan di negara ini adalah terkawal, tidak begitu meyakinkan.

Read the rest of this entry »

Pergolakan politik di Malaysia hari ini berada ditahap kemuncak.

Anwar Ibrahim dan Najib Razak sedang bergelut hebat untuk kerusi Perdana Menteri keenam Malaysia.

Sejurus selepas pekerja Pejabat Anwar Ibrahim, Saiful Bukhari membuat laporan polis mendakwa dirinya diliwat oleh bekas timbalan perdana menteri itu, Timbalan Presiden PKR, Dr. Syed Husin Ali mengumumkan bahawa Anwar dan keluarga menerima ancaman bunuh.

Jika ditakdirkan Anwar Ibrahim berjaya dibunuh oleh musuh-musuh politiknya, Malaysia akan mengulangi sejarah politik Filipina. Dr. Wan Azizah akan menghadapi keadaan yang pernah dihadapi oleh Corazon Aquino.

Sila baca tulisan terbaru saya di Malaysiakini yang bertajuk, “Wan Azizah ibarat Aquino?”. Klik disini.

Pemilik Blog

Komen

Setiap komen akan melalui proses "Moderation" terlebih dahulu. Komen-komen yang bersesuaian akan disiarkan. Sebarang komen-komen yang menggunakan Anonymous, perkataan lucah dan bertujuan untuk mengapi-apikan sentimen perkauman tidak akan dilayan. Jika ada sebarang pertanyaan atau maklumat yang ingin dikongsi bersama, sila email kepada: amin.iskandar@gmail.com

Calendar

Julai 2008
I S R K J S A
« Jun    
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Blog Stats

  • 830,642 hits